Monday, 22 July 2019

ADUN Dalang Video Seks Diberkas?

Polis dijangka akan menyiasat seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PKR berkaitan kes video seks yang dikaitkan dengan menteri hal ehwal ekonomi Azmin Ali.

Adun itu telah pun dipanggil ke ibu pejabat polis Bukit Aman supaya percakapannya dapat dirakam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed memberitahu Malaysiakini perkara itu tetapi enggan mengesahkan sama ada individu itu seorang Adun.

Bagaimanapun, dipercayai wakil rakyat itu dialah Adun Kota Anggerik Najwan Halimi.

Pada 20 Julai, Najwan menafikan menjadi dalang dalam kes video seks sejenis itu.

Menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, beliau menyifatkannya sebagai permainan minda di media sosial untuk mewujudkan perpecahan.

Dakwaan tersebut tercetus selepas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dipetik oleh Bernama yang mengatakan seorang Adun Selangor juga disiasat polis berhubung kes itu.

Hamid juga dilaporkan berkata pemimpin dari sebuah parti politik merupakan dalang di sebalik "komplot jahat" untuk merosakkan reputasi Azmin.

Najwan sebelum ini dikatakan bersama kem Azmin, tetapi berpecah dan bertanding sebagai "kuasa ketiga" pada pemilihan Pemuda PKR (AMK) tahun lepas. -mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








2 comments:

  1. Dalang pulak jadi salah besar. Pelik sungguh. Pasangan liwat tidak salah.

    Betullah seperti yg dikata, hukum rimba.

    Nanti kes lain juga tidak selamat. Perogol tidak salah, yg salah ialah yg dirogol.

    Yg rasuah tidak salah,pelapor rasuah yg salah.

    Ini stail madey sejak zaman tambi cik lg dan khlid yakob.

    Org yg madey berkenan selamat, w/pun ada kes.

    ReplyDelete
  2. Filem P.Ramlee 3 Abdul (kebetulan IGP pun ada nama Bedul jugak kikiki..) sesuai sangat dengan senerio politik Malaysia.

    Bahana IGP Jadi Perkakas Politikus Usang dan Kuno lagi outdated. Inilah yang akan berlaku apabila si Bedul menjadi barua ahli politik usang, kuno dan outdated.

    Si Bedul IGP akan terpaksa membuat apa sahaja sekiranya tuan anda membunyikan locengnya *(seperti cerita Tiga Abdul ketika Abdul Wahub lakonan Allahyarham P.Ramlee membunyikan loceng untuk memanggil khadamnya).*

    Apabila Loceng telah pun dibunyikan dan Hamid Bedul pun kena buat apa sahaja, asalkan ikut nafsu si renta politikus usang, kuno dan outdated termasuk menyelamatkan Azmin. Dan itulah apa yang Hamid Bedul buat dengan begitu patuh sekali.

    Dailog 3 Bedul (Tipah Koyak AG dan IGP) jerit Si renta politikus kuno outdated


    Politikus Kuno :Ting..!!tingg..!! preeettt..!!! Wooiii Khadammmm semuaa..!!! sila turun srkaranggg..!!

    3 Bedul bergegas turun tangga sambil berebut turun jatuh ke lantai

    3 Bedul : Ya Tuan politikus kuno..!! Ada apa tuan politikus kuno..

    Politikus Kuno : Kau pergi rumah Wak Jemin sekarang dan kau orang suma cakap sama dia ... wahai wak jemin selagi kau jilat bontot aku kau selamat wahai wak jemin... Pergiiii nowwee...!!

    3 Bedul : Baik lah politikus kuno outdated intan payung panji kunyit itam hawaw merecik masam..

    Politikus Kuno. : Preeettttt..!! Khadam semua pergiii srkaranggg.. lembab bodoh punya khadam makan gaji buta saja...

    3 Bedul. : Baik lah tuan politikus kuno lagi outdated..!! kami khadam bodoh bangang mohon pergi dolu...!!

    Sambil 3 Bedul berebut keluar pintu rumah si politikus usang kuno outdated jerit lagi


    Politikus Kuno : "Wooiii khadam bodoh semua" ... dah jumpa wak jemin .. kim salam kat Anwar Aljuboori dengan pesanan kat Aljubori... "Jangan Mimpi nak jadi PM..!!" lagi satu jangan lupa pergi sana bawa skli Panji Kunyit Itam sekali... Ada Fahammmmm khadam semuaa..!!!Preeettt berambossss pergi sekaranggg..!!


    3 Bedul. : Faham tuan politikus kuno usang lagi outdated ..kami akan bawa skli panji kunyit hitam hawaw merecik masam ..!!



    kikikiki... pantun tak ada ari ni dialoug ajer ari nih...

    Pantun 2.8 kerat ajer ade

    P.U ASSMIN TAKAJUT LIHAT CERMIN DIRI
    TAK LALU TENGOK MUKA ALJUB KUAR NNTI

    preeettttttt..!!


    miajalipahJR

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan