Thursday, 13 June 2019

SB Tidak Akan Jadi Alat Politik Janji IGP

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berikrar untuk tidak membenarkan Cawangan Khas (SB) digunakan sebagai alat menangani pengkritik kerajaan seperti yang berlaku ketika pentadbiran lalu.

“Cawangan Khas (SB) bukan alat untuk menindas pengkritik dan saya tidak akan biarkan ia berlaku.

“Ini satu langkah yang baik oleh pentadbiran baru kerana membenarkan pembangkang bersuara dalam mengamalkan sistem demokrasi," katanya dalam wawancara bersama laman The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, katanya, tetap ada batasan yang perlu dipatuhi semua pihak.

"Jika melampau, kami tidak akan berpeluk tubuh meskipun ada ruang untuk kritikan," katanya yang dahulunya menjadi pengarah SB.

'Ahli politik bertanggungjawab'

Abdul Hamid berkata, ahli politik bertanggungjawab terhadap peningkatan ketegangan kaum dan agama dan beliau membandingkan mereka dengan "sumpah-sumpah" dalam soal memainkan isu tersebut.

“Ada kalanya mereka akan menyokong di A dan pada hari yang lain apabila mereka melihat peluang, mereka akan berpaling ke arah lain,” katanya.

Katanya, ketika beliau menjadi timbalan SB dan Akhil Bulat masih pengarah, pihaknya berhubung dengan semua pemegang taruh.

Pertemuan diadakan dengan Majlis Keselamatan Negara, jabatan agama serta pemimpin masyarakat, katanya.

"(Kami) memberitahu mereka mengenai bahaya membiarkan agama dan isu-isu kaum dipolitikkan,” katanya lagi. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan