Monday, 10 June 2019

Punca Kematian 14 Orang Asli Di Gua Musang Tersebar

Punca Kematian 14 Orang Asli Di Gua Musang Tersebar. Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan akan menyiasat sama ada kematian Orang Asli di Kampung Kuala Koh Gua Musang disebabkan pencemaran sumbar air, dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya.

"Dakwaan bahawa kematian disebabkan oleh pencemaran kolam sumber air Orang Asli akan disiasat dengan teliti.

Punca Kematian 14 Orang Asli Di Gua Musang Tersebar. "Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika mendapati kematian disebabkan oleh pencemaran sumber air Orang Asli," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, katanya lagi, kerajaan akan memantau kegiatan perlombongan dan pembalakan di kawasan sekitar bagi memastikan ia mematuhi prosedur berkaitan lama sekitar.

“Kerajaan juga akan mengkaji dasar alam sekitar berkenaan pembalakan dan perlombongan, terutama berkaitan masalah yang dihadapi Orang Asli. Penguatkuasaan yang lebih ketat dan dasar pencegahan adalah beberapa langkah yang akan diambil perhatian," katanya lagi.

Masalah yang dihadapi suku Bateq yang tinggal di situ mula mendapat perhatian ramai sejak dibangkitkan di media sosial beberapa hari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy yang ke sana hari ini mengesahkan 14 penduduk mati sejak bulan lalu.


Punca Kematian 14 Orang Asli Di Gua Musang Tersebar


Memetik laporan Astro Awani, penghulu Kampung Kuala Koh Mamat Pokok berkata penduduk mula diserang penyakit sejak Ramadan dan mengesyaki ia berpunca daripada pencemaran sumber air.

Jabatan Kesihatan Kelantan dalam kenyataan berkata kematian berpunca daripada radang paru-paru.

Menyambut baik kenyataan Wan Azizah, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Senator Husan Musa menggesa satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji "semua aspek dan segala kemungkinan" berkenaan masalah itu.

"Saya berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri bekerjasama mencari punca sebenar kejadian dan jumlah kematian yang besar dalam masa singkat, tanpa melindungi apa-apa," katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Dalam satu hantaran sebelum itu, beliau menggesa orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membantu Orang Asli yang terjejas, menerusi tabung yang diselenggara badan bernama Yayasan Darul Hijrah.

Punca Kematian 14 Orang Asli Di Gua Musang Tersebar


"Tumpuan utama sekarang ialah membekalkan segera makanan, air bersih, pakaian dan sumbangan jariah buat keluarga yang terlibat," katanya di Facebook.

Beliau juga memaklumkan Waythamoorthy memutuskan satu mesyuarat khas melibatkan semua jabatan dan agensi akan diadakan esok untuk menyelaraskan bantuan, pencegahan, rawatan dan kajian berkenaan kes tersebut. - mk




  
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








>

1 comment:

  1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
    MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

    assalamualaikum wr, wb, saya IBU RAHMA saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
    orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya...?
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang..
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel..
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat..!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
    6: Pelet pemikat hati untuk pria
    7: Pesugihan tanpah tumbal
    8: Dukun santet paling ampuh
    satu jalan menyelesaikan masalah anda..
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
    No WA Aki : 082313336747

    TERIMA KASIH YANG PUNYA
    ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU

    "http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan