Wednesday, 26 June 2019

Ketahuilah 4 Langkah Hendak Memulakan Bisnes di Ebay

Apa yang perlu orang baru tahu pasal belajar bisnes ebay? Saya terima banyak soalan dari orang baru yang masih belum faham macam mana nak mulakan bisnes di ebay.
Soalan yang selalu ditanya:
Bagaimana hendak menjual di ebay? Berapa modal permulaan permulaan untuk berniaga di ebay? Jika tak pandai tulis bahasa Inggeris boleh ke berniaga di ebay? dan banyak lagi.
Ok baiklah. Saya harap artikel ini dapat membantu usahawan ebay yang baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat tahu macam mana nak bermula.
Untuk mulakan bisnes di ebay, anda perlu menguasai 4 ilmu iaitu:
  1. Kaedah membuat kajian produk
  2. Mencari sumber pembekal yg murah
  3. Membuat iklan di ebay
  4. Proses pesanan (order)
Saya terangkan serba ringkas untuk anda dapat mudah paham prosesnya dengan baik.
Langkah 1: Kaedah membuat kajian produk
Ini adalah soalan utama yang sering bermain di kepala orang baru. Antara soalan tersebut ialah: barang apa yang nak dijual, adakah ada orang nak beli dan sebagainya.
Cara nak buat penyelidikan ni kalau anda dah tahu mesti terkejut sebab tak terfikir begitu banyak barang yang boleh dijual di ebay.
Cara yang paling mudah nak menjual, ialah anda perhatikan dalam rumah sendiri, barang apa yang tidak dipakai lagi, jadi ambil gambar dan iklankan di ebay.
Kaedah ke-2, kalau anda masih takde idea nak jual apa, pergi kat shopping complex, supermarket Tesco, kedai runcit, jualan gudang yang terdekat dan perhatikan barang yang ada dijual di situ.
Jika ada barang yang menarik, cuba buat carian di ebay, ada tak orang jual kat ebay. Kalau ada, anda boleh beli satu dulu dan buat iklan di ebay.
Mari kita tengok beberapa contoh:
Tiger balm ni boleh dapat si kedai runcit. Harga datang baru berapa ringgit je, kalau anda beli borong, tentu dapat harga lagi murah.
Contoh barang ke-2:
Harga borong sebotol baru RM15 or USD3.52, penjual di Ebay ni jual USD12.99. Dah terjual sebanyak 193 unit.
193 x 12.99 = USD2,507.07 = RM10682.02! banyak tu kan?
Jual durex play jer…
Ok, so dah tau sikit-sikit tu, cubalah lah buat latihan. Bagi suami yang selalu temankan isteri shopping, anda boleh buat market survey sikit.
Tengok apa barang yang anda jumpa tu, lepas tu buka handphon search kat ebay, ada tak jual barang yg anda tengah tengok tu.
Kalau ada, simpan data tu, balik rumah buat analisis sikit.
Oklah tu kaedah cuba-cuba. Orang panggil kaedah konvensional.
Manakala kaedah yang terpelajar sikit anda buat analisis gunakan the past historical selling of data dari ebay sama ada secara manual atau guna software.
Kalau secara manual anda kena scrape data dari ebay kemudian masukkan dalam excel dan analisis berapa harga jualan purata, berapa unit terjual sebulan, berapa ramai pesaing dan sebagainya.
Anda boleh juga pergi ke website ebay dan lihat apa barang yang telah terjual menggunakan advanced search ebay.
Memang leceh sikit kalau buat manual.
Jadi jangan buang masa, gunakan segala apa sumber yang ada seperti website terapeak.
Website terapeak ni akan bantu anda buat analisis barang terjual dan bantu anda buat keputusan patut atau tak patut untuk jual barang yang anda jumpa tu.
Di dalam Video Blue Print Ebay Research Intelligence Method (BPERIM), ada lebih kurang 6 video tutorial yang menerangkan macam mana nak buat kajian pasaran secara santai tapi mengancam.
Langkah 2 : Mencari sumber pembekal yang murah
Bila dah tau permintaan, sekarang cuba cari pembekal yang termurah di pasaran.
Jika anda ada modal besar dan yakin barang tu boleh pergi jauh berdasarkan kajian dan analisa terapeak, jadi jangan takut untuk mula labur sikit duit beli produk dari pembekal.
Jangan peningkan diri anda, kalau tak jumpa pembekal atau pemborong, pergi tengok kat kedai runcit ada tak jual barang tu, tengok kat Mydin, Tesco, Jusco, Watson, DIY, Guardian atau mana-mana yang ada jual barang yang anda mahu dapatkan.
Kalau terjumpa harga barang lagi murah dari ebay, ada untung, apa lagi jalan lah!
Itulah pembekal anda, tak semestinya pembekal itu menawarkan harga paling rendah, nanti bila dah mula jual perlahan-lahan cari lagi pembekal yang lebih murah.
Yang penting anda jual kat ebay ni dan ada kemajuan.
Tentu anda belajar benda baru kan? Tak perlu tunggu sampai dapat harga yang betul-betul murah. Kalau tidak, saya percaya sampai bila pun anda takkan mula menjual di ebay.
Kalau takut nak beli banyak, beli sikit satu atau dua 1-2 dulu sebagai permulaan bisnes di ebay.
Nanti bila dah dapat rentak dan yakin hasil kajian anda tu memang menjadi dan ada permintaan di ebay, baru mula dengan modal besar untuk tambah stok.
Ni orang kata cara smart berbisnes. Modal serendah mungkin dan untung semaksima boleh. Baru namanya anda bisnes dengan kos yang minima.
Langkah 3 : Membuat iklan di ebay
Jadi, bila anda dah tau ada permintaan, lepas tu dah ada pembekal, dah mula beli satu atau dua stok untuk jual, apa lagi, ambil gambar cantik-cantik untuk buat iklan di ebay.
Kalau tak ada kamera canggih takpe. Kamera handphon dan cantik. Kalau takde lighting box pun tak pa. Tak ada masalah.
Jangan bebankan fikiran anda untuk sediakan semua alat sampai lengkap, tak payah, yang penting ada kemajuan setiap masa.
Guna sahaja apa yang ada dulu. Nanti bila dah ada jualan masuk atau ada bajet, baru mula upgrade barang keperluan bisnes.
Ok bila dah ada gambar yang cukup dan cantik, buka akaun ebay dan buat iklan untuk cuba jual barang jualan secara auction atau buy it now.
Kalau barang tak terjual, tidak rugi pun. Kalau terjual anda dapat untung.
Mudah kan?
Ebay dah tolong carikan buyer untuk anda. Dah siap iklan tunggu hingga listing anda tamat. Sementara tunggu tu, anda boleh buat kerja lain pula.
Langkah 4 : Proses memesan (Order)
Congatulation your ebay item sold! You receive a payment!
Itu ialah email yang pertama anda akan terima apabila barang anda berjaya terjual.
Kalau barang ni ialah barang yang pertama anda berjaya jual, ucap syabas untuk diri anda!
Akhirnya, penat anda telah berhasil. Jangan fikir dulu berapa untung yang anda dapat, walaupun tak besar pada mulanya, tapi apa yang lebih penting ialah pengalaman berniaga  di ebay.
Anda dah faham secara ringkas macam mana nak menjual di Ebay ni. Yang penting ialah anda dah dapat ilmu berniaga di ebay.
Langkah terakhir ialah proses order bila anda dah dapat pembeli dari jualan di ebay.
Peringkat ini anda kena belajar macam mana nak pos barang ke pelanggan, kenal pasti syarikat perkapalan yang terbaik dan murah.
Saya cadangkan anda gunakan pos malaysia flexipax, sebab kosnya murah. Dengan harga RM8 + RM4.6 (tracking number) anda dah boleh hantar barang ke USA.
Bila dah hantar barang, upload tracking number ke dalam akaun paypal anda dan akaun ebay anda untuk bagi update pada buyer.
Mudah kan?
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, apa yang saya nak kongsikan ialah jika belum pernah buat jualan kat ebay, mulakan sekarang.
Kos nak buka akaun ebay sangat rendah tapi pelanggan yang anda bakal dapat adalah satu dunia. Kira-kira ebay ialah bisnes antarabangsa.
Tak rugi anda spend masa 2-3 jam sehari belajar cara buat jualan di ebay. Apa yang penting ialah dah ada ilmu kena cepat bertindak.
Lepas baca artikel ini buatlah dulu apa yang anda mampu. Yang penting ada kemajuannya.
Percayalah, bisnes di internet ini, bahagian yang paling susah ialah hendak mendapatkan trafik pembeli.
Ramai orang baru gagal sebab belum pandai tarik trafik untuk buat jualan, tapi di ebay masalah utama yang dihadapi oleh orang baru niaga ni, Ebay dah bantu selesaikan.
Waktu mula anda berniaga, memang takkan nampak sangat untungnya sebab akaun ebay anda belum cukup matang dan belum cukup kuat bagi anda duit yang banyak.
Anda perlu ada minda yang betul, ini bukan skim cepat kaya, hari ni buat pelaburan, esok lusa nak dapat untung besar.
Kalau anda tanam durian, dua tiga tahun belum tentu dapat hasil jualan. Modal tanam pokok durian pun banyak kosnya, ini termasuk benih, baja dan kos penjagaan? Itu belum kira ada pokok durian yang mati kerana cuaca atau dirosakkan oleh monyet dan sebagainya.
Berbanding dengan bisnes ebay – modal cuma buka akaun ebay, iaitu kena bayar RM3 untuk update automatic seller fees, dan caj kedua adalah nak verify paypal RM10. Jumlah kos adalah RM13 sahaja.
Modal selebihnya adalah modal menimba ilmu dan modal beli barang untuk jual kat ebay.
Saya mencadang dan menyokong jika anda berminat untuk belajar secara mendalam dan sistematik menjual di ebay, anda boleh rujuk ebook panduan lengkap ini.
Ia sangat sesuai untuk orang yang baru nak memulakan bisnes di Ebay dengan menggunakan dropship.
Semoga bermanfaat!


Untuk keterangan lanjut sila layari Ketahuilah 4 Langkah Hendak Memulakan Bisnes di Ebay..



2 comments:

  1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
    MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

    assalamualaikum wr, wb, saya IBU NUR INTAN saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
    orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya...?
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang..
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel..
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat..!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
    6: Pelet pemikat hati untuk pria
    7: Pesugihan tanpah tumbal
    8: Dukun santet paling ampuh
    satu jalan menyelesaikan masalah anda..
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
    No WA Aki : 082313336747

    TERIMA KASIH YANG PUNYA
    ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU

    "http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"

    ReplyDelete
    Replies
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya IBU NUR INTAN saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
      orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya...?
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang..
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel..
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat..!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
      6: Pelet pemikat hati untuk pria
      7: Pesugihan tanpah tumbal
      8: Dukun santet paling ampuh
      satu jalan menyelesaikan masalah anda..
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      TERIMA KASIH YANG PUNYA
      ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU

      "http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan