Thursday, 13 June 2019

Azmin Ali Dedah Punca Jadi Sasaran?

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali enggan membuat spekulasi mengenai dakwaan bahawa dia menjadi sasaran dalam video seks untuk mensabotaj peluangnya sebagai calon perdana menteri.

"Saya tidak mahu buat spekulasi. Itu prerogatif perdana menteri untuk menentukan siapa yang terbaik dan layak.

"Yang penting orang itu mesti diterima (oleh) majoriti rakyat," kepada wartawan selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam hari ini.

Azmin ditanya sama ada beliau disabotaj kerana tidak ada tempoh masa yang jelas ditetapkan untuk penggantian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan dirinya dilihat sebagai antara calon berwibawa untuk mengisi jawatan berkenaan.

Ahli Parlimen Gombak menegaskan bahawa fokusnya adalah untuk mengukuhkan ekonomi negara.

"Tumpuan utama saya adalah untuk memastikan tahap kepercayaan para pelabur kukuh untuk mereka terus melabur di Malaysia dan saya agak sibuk dengan urusan kementerian saya.

"Ini adalah kementerian yang besar dan saya bukan di sini untuk bercakap tentang politik. Kamu tahu bahawa semasa di Selangor (sebagai menteri besar), saya jarang bercakap politik.

“Saya mahu bertanggungjawab dalam tugas saya dan memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Semalam, Azmin berkata siri video seks yang mensasarkan dirinya adalah komplot yang bertujuan untuk membunuh kerjaya politiknya.

Video itu memaparkan dua lelaki dalam keadaan intim, yang kononnya dirakamkan di sebuah hotel di Sandakan, Sabah.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui bahawa dia adalah lelaki dalam video itu yang membabitkan Azmin sebagai temannya.

Azmin menafikan dirinya terbabit sama dan setiausaha politiknya, Hilman Idham membuat laporan polis awal hari ini. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan