Friday, 17 May 2019

Berita Paling Gembira Buat Penjawat Awam

Berita Paling Gembira Buat Penjawat Awam. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut berapa jumlah yang akan diberikan dan sama ada bantuan khas itu akan diberikan kepada semua penjawat awam.

Dr Mahathir berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"(Bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam) ada, kita akan isytiharkan kemudian," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019, di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Berita Paling Gembira Buat Penjawat Awam


Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Pada 30 April lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan memohon kepada kerajaan persekutuan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam di seluruh negara.

Berita Paling Gembira Buat Penjawat Awam.  Tahun lepas, kerajaan memberikan bantuan khas berkenaan iaitu bagi gred 41 dan ke bawah sebanyak RM400 seorang manakala pesara kerajaan sebanyak RM200. - bernama




    
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan