Friday, 24 May 2019

Berita Mengejutkan Dari Istana Johor

Berita Mengejutkan Dari Istana Johor. Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkongsi video yang memaparkan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan ayahandanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tunku Ismail berkongsi video disiarkan Twitter Friends of Johor yang menghentam Mukhriz, anak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad - yang  hubungan dengan istana Johor dilaporkan tegang sebelum ini.

Berita Mengejutkan Dari Istana Johor. “Beza antara dua lelaki, @HRHJohorII (Tunku Ismail) bersalam dengan Tun M tetapi @MukhrizMahathir terlalu angkuh untuk bersalam dengan SOJ (Sultan Johor) di Istana Abu Bakar,” menurut tweet Friends of Johor.

The difference between 2 man, @HRHJohorII shook Tun M’s hands but @MukhrizMahathir was too arrogant to shake SOJ’s hands at Istana Abu Bakar. pic.twitter.com/RlnorCEGNc

— Friends of Johor (@FriendOfJohor) 23 May 2019
TMJ bagaimanapun tidak mengulas kejadian itu secara langsung tetapi hanya meletakkan lambang isyarat tangan seperti sedang menyembah.

Dalam video 14 saat yang ditonton hampir 50,000 kali itu (setakat laporan ini ditulis), Mukhriz dilihat hanya menyembah sultan Johor tetapi berlalu tanpa menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan baginda.

Muhkriz memberikan isyarat sembah ketika berdepan sultan Johor. Ada di kalangan pengguna maya meluahkan rasa tidak puas hati mereka.


Berita Mengejutkan Dari Istana Johor


“Biadab, Tun M tak ajar you adab ke @MukhrizMahathir,” tulis seorang pengguna Twitter.

BIADAP.. Tun M tak ajar u adab ke @MukhrizMahathir

— Saphira Teoh (@StokisDbunga) 23 May 2019
Mukhriz bagaimanapun dilihat bersalaman dengan pihak lain dalam barisan sultan-sultan dan kerabat selepas itu.

Berdasarkan video pendek itu, pihak-pihak lain dalam acara itu dilihat bersalaman dengan barisan sultan dan kerabat yang sedang berbaris.

Beberapa minit sebelum berkongsi video itu, Tunku Ismail terlebih dahulu berkongsi gambar baginda dan ayahandanya yang bersalaman dengan Mahathir.

Hubungan Mahathir dan istana Johor sebelum ini tegang, antaranya menjelang pemilihan menteri besar dan isu Statut Rom yang kemudian menyebabkan Malaysia menarik diri.

Berita Mengejutkan Dari Istana Johor


Sultan, kerabat dan pemimpin-pemimpin negara semalam hadir ke Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar.

Malaysiakini telah menghubungi Mukhriz dan sedang menunggu penjelasannya berkaitan perkara itu.

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Tunku Mahkota Johor berangkat tiba di Istana Abu Bakar, Pekan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada KDYMM Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. pic.twitter.com/F5rImmV81A

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) 23 May 2019


-mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan