Thursday, 4 April 2019

Tok Mat Menang Di PRK Rantau Tak Berubah Apa-Apa

Tok Mat Menang Di PRK Rantau Tak Berubah Apa-Apa. Calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Rantau, Mohamad Hasan percaya karier politiknya tidak akan berakhir meskipun jika beliau tewas pada PRK berkenaan.

"Andai kata saya tak berjaya dalam PRK ni, tak adalah impak sampai boleh bunuh karier politik saya dalam Umno.

"Karier saya sebagai pemangku presiden dan timbalan presiden akan saya teruskan. 

Tok Mat Menang Di PRK Rantau Tak Berubah Apa-Apa. Menang kalah tu biasa, tapi tugas sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk memangku dan memikul tanggungjawab presiden mesti saya teruskan.

"Ia untuk perkasakan parti dan untuk menyusun dan atur strategi untuk PRU15," kata Mohamad kepada pemberita di Rantau hari ini.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menyandang kerusi Dewan Rantau sejak 2004.

Beliau memenangi kerusi itu tanpa bertanding pada pilihan raya umum tahun lalu.

Tok Mat Menang Di PRK Rantau Tak Berubah Apa-Apa


Bagaimanapun, mahkamah membatalkan kemenangan yang berpunca daripada tindakan pegawai pilihan raya menghalang Dr S Streram dari PKR memfailkan kertas pencalonannya pada pilihan raya umum itu.

Walaupun beliau mempunyai kelebihan di tempat sendiri, ini merupakan kali pertama Mohamad bertanding sebagai pembangkang selepas Pakatan Harapan (PH) menguasaio Negeri Sembilan tahun lepas.

Mohamad berkata beberapa ahli politik lain termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah bangkit daripada kekalahan dalam pilihan raya umum 1969 dan kemudian menjadi perdana menteri sebanyak dua kali.

Tok Mat Menang Di PRK Rantau Tak Berubah Apa-Apa


PRK Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamad, calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram serta dua calon bebas R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Hari pengundian ditetapkan pada 13 April. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image


Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan