Friday, 12 April 2019

Siapa Pulak Yang Kena Ni?

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengarahkan ketua polis negara supaya menyiasat kes kumpulan di laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

"Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara (Mohamad Fuzi Harun) supaya menyiasat kes ini dengan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membawa pelaku jenayah ini ke muka pengadilan.

"Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara dengan niat untuk mencetuskan keadaan yang tidak harmoni dalam masyarakat," kata beliau dalam suatu kenyataan hari ini.

Muhyiddin juga mengecam kumpulan Facebook yang menggelarkan diri Sabah-Sarawak Merdeka kerana mengubah gambar Agong.

"Saya mengecam sekeras kerasnya paparan di Facebook kumpulan yang menggelarkan diri mereka Sabah-Sarawak Merdeka. Tindakan mereka menggubah gambar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah perbuatan menghina Raja yang melanggar undang-undang negara.

"Ini adalah satu perbuatan melampau yang tidak melambangkan tatasusila rakyat Malaysia serta bercanggah dengan prinsip Rukunegara," tegasnya lagi.

Sementara itu, Menteri Luar Saifuddin Abdullah dalam suatu kenyataan hari ini turut sama mengecam gambar "Yang di-Pertuan Agong yang disunting dalam keadaan yang menghinakan."

"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan mencaci dan menghina imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti meneruskan komitmen untuk menegakkan dan mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan," katanya yang menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.

Baca berkaitan: Nombor telefon Umno disalah guna laman 'Sabah-Sarawak Merdeka'

Terdahulu, Setiausaha Kerja Umno Muhd Sumali Reduan menafikan ibu pejabat Umno terlibat dengan Facebook berkenaan, berkata parti itu tidak pernah membenarkan mana-mana pihak mewujudkan laman sedemikian.

Umno berkata akan melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung terdapat pihak yang menggunakan nombor telefon rasmi ibu pejabat Umno pada laman Facebook “Sabah-Sarawak Merdeka.”

Laman tersebut antaranya memuatkan hantaran yang menyokong Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia, mendakwa rakyat di dua negeri itu ditindas.

Ia juga mempunyai hantaran dan imej yang menghina Yang di-Pertuan Agung.

Laman Facebook itu mempunyai melebihi 8,000 'like' dan pengikut sejak ia diwujudkan pada 6 Disember 2011. - mk


  
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
Image
Image


Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan