Wednesday, 3 April 2019

PAS Makin Garang

PAS Makin Garang. Ahli Parlimen pembangkang beramai-ramai keluar Dewan Rakyat petang tadi apabila salah seorang daripada mereka diarah keluar kerana menyebut perkataan “pondan”.

Dewan Rakyat kecoh apabila Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) mengganggu Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang sedang menggulung ucapan Akta Perbekalan Tambahan (2018).

PAS Makin Garang.  Ahmad mendakwa dia mempunyai bukti kontrak kerajaan untuk Bumiputera diberi kepada semua kaum.

Lim bagaimanapun menepisnya, mengatakan dia hanya mempunyai 45 minit untuk menggulung ucapannya, dan meminta Ahmad bertemunya nanti.

“Ini ‘floor’ saya, duduk!” katanya.

Tetapi Ahmad enggan mengalah dan mahu Dewan Rakyat mendengar hujahnya.

“Saya anak jantan, bukan ‘pondan’,” katanya.


PAS Makin Garang


Respon Ahmad menyebabkan Dewan Rakyat riuh, dengan wakil rakyat Barisan Nasional dan PAS mengkritik Lim, dan rakan-rakan mereka di Pakatan Harapan meminta mereka duduk.

Timbalan Speaker Mohd Rashid Hasnon meminta semua wakil rakyat bertenang tetapi mereka tidak pedulikan beliau.

“Dia minta bukti kemudian, bukan sekarang,” kata Rashid.

Rashid memberi amaran 3 kali kepada Ahmad supaya menarik balik perkataan “pondan”, dan apabila dia enggan, timbalan speaker mengarahkannya keluar.

“Saya setuju tarik balik kalau menteri beri peluang saya bagi bukti,” katanya, tetapi Lim mahu menggulung ucapannya.

PAS Makin Garang


Ketika Ahmad meninggalkan dewan dan diikuti rakan-rakan dari PAS, Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengusik wakil-wakil rakyat BN, bertanya adakah mereka akan ikut serta.

“Hai… Umno tak tunjuk solidariti? Kata dah sekeluarga,” katanya.

PAS Makin Garang.  Apabila wakil-wakil BN meninggalkan dewan, kedengaran Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salah) berpesan kepada wakil-wakil rakyat PH: “Selamat bersidang pondan-pondan.” - fmt





Iklan
Image


Image

Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan