Friday, 19 April 2019

Maklumat Haji Hadi Umpama Perdana Menteri

Maklumat Haji Hadi Umpama Perdana Menteri. Ahli dan penyokong PAS dinasihat agar patuh dan taat kepada pemimpin termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sentiasa mengambil kira pelbagai sudut dalam membuat keputusan parti, kata naib presidenya, Mohd Amar Nik Abdullah.

Kata beliau, Abdul Hadi adalah seorang pemimpin berpengetahuan luas dan mempunyai banyak maklumat yang kadang-kala tidak terfikir orang orang lain.

Maklumat Haji Hadi Umpama Perdana Menteri.  "Ambo (saya) sebab duduk di PAS pusat banyak tahun. Hubungan ambo dengan presiden mungkin lebih (rapat) berbanding tuan-puan yang duduk dalam kawasan.

"Bila kita duduk dengan dia bertahun-tahun dalam pas pusat, kita boleh faham, kita boleh nampak presiden kita ini nombor satu," katanya ketika berucap merasmikan Mesuarat Agung Tahunan Ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai memberi penjelasan bahawa setiap ahli dan penyokong parti perlu wala terhadap kepimpinan serta keputusan parti selagi tidak bercanggah dengan agama Islam.

Malah Mohd Amar menegaskan bahawa Hadi yang juga anggota parlimen Marang itu seorang yang sentiasa mementingkan Islam dalam membuat sebarang keputusan parti.

"Dia ini betul-betul kepentingannya maslahah Islamiyah, itu nombor satu. Presiden kita ini pula maklumatnya banyak, ambo berani kata tok guru presiden maklumatnya tentang politik negara, tentang keselamatan negara dan macam-macam. Seolah-olah dia ini perdana menteri.

Maklumat Haji Hadi Umpama Perdana Menteri


"Maklumat hak ada dengan dia, kita kadang-kadang hairan, bila dia cakap satu per satu. Kita tak terfikir maklumat itu ada. Itu kita kena tahu.

"Kita di bawah tak tahu, tapi ambo duduk di pusat ambo tahu. Bila duduk dalam mesyuarat dalam perbincangan dengan dia, kita nampak," katanya.

Tambah timbalan menteri besar Kelantan itu, kedudukan antara pimpinan dan penyokong jauh berbeza terutama dalam aspek pemikiran dan pandangan ibarat seorang duduk di atas tanah berbanding pemimpin duduk di atas pokok.

"Pimpinan dengan kita ibarat kita duduk atas tanah, pimpinan di atas pokok. Kalau rumah, kita di duduk tingkat bawah, dia duduk tingkat enam, tujuh. Mana luas pandangan antara duduk di bawah dan di atas?

"Mudah saja, kita yang duduk di bawah ini kita nampak apa yang ada di depan mata. Tapi kalau ada hutan, di sebaliknya tidak tak tahu ada apa. Kita nampak hutan saja, tapi bila pimpinan duduk atas, dia boleh nampak ada yang ada di sebalik hutan.


Maklumat Haji Hadi Umpama Perdana Menteri


"Di situ bezanya, sebab itu kita kena taruh kepercayaan kepada pimpinan. Kita tengok hutan tapi kita tak nampak harimau, kita tak nampak orang tengah buang air. Tetapi presiden duduk di atas dia nampak.

"Sebab itu kalau dia kata (suruh) lari, kita jangan buat tolol persoal kenapa nak hungga (lari), dimakan harimau kita nanti. Sebab itu bila dia kata lari, terus lari tak payah banyak soal. Selepas itu baru intai semula," kata Mohd Amar. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image


Image
Image
Image





5 comments:

  1. Pentingkan Islam???? LOL!!! Mana perginya RUU 355??? Mana perginya Hudud dalam manifesto PAS? Sekarang ni dah jadi kawan rapat dan kamcing dengan MCA dan MIC yang merupakan musuh utama HUDUD, wei! Pentingkan Islam??? Gelak guling2 bila dengan Nik Amar merapu dan putar belit. Hadi dan geng lebai dia lebih pentingkan duit! DUIT! Islam? Islam tu hanya pakaian dan lakonan oleh geng2 yang suka menggunakan "berbohong demi kebendaan" ni. Mereka ni semua ibarat monyet yang berebutkan pisang sesisir. Ahli2 PAS semua dok nganga je melihat lebai2 ni merosakkan dan mencemarkan agama serta menyebar dan mengalakan bidaah. Lantak pi lah korang wei. Kat akhirat nanti korang pi lah bergayut kat jubah Hadi nanti bila Rasulullah tanya kenapa korang membenarkan dan membuat bidaah dalam agama.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha....benar sekalu tu Nick.

      Delete
  2. Pengamal Politik Ungka..memang suka panjat pokok.

    ReplyDelete
  3. Pokoknya jgn soal kata nik amar. Islam ajar jgn soal nabi dan rasul. Hadi?!?! Bila masa dah naik taraf?

    ReplyDelete
  4. Asal bukan PHancing20 April 2019 at 16:02

    Mane kite nk dgor..

    Ckap TGHH ke? or ckap LGE..

    Soalan yg simple utk d jwab.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan