Thursday, 11 April 2019

Mahathir Bongkar Strategi Pembangkang

Mahathir Bongkar Strategi Pembangkang. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cubaan pihak tertentu untuk membuatkan raja-raja kurang senang dengan kerajaan semasa tidak akan berjaya kerana kerajaan dipilih oleh rakyat secara demokratik.

“Ada banyak cubaan untuk jadikan raja jengkel dengan kerajaan. Mereka pilih perkara-perkara seperti Statut Rom… tetapi ia tidak akan berhasil, ia akan gagal. Mereka boleh cuba nasib mereka.

Mahathir Bongkar Strategi Pembangkang. "Mereka tidak akan berjaya kerana kerajaan dipilih oleh rakyat. Ini adalah demokrasi dan anda tidak boleh sewenang-wenangnya jatuhkan kerajaan.

“Melainkan anda mahu ketepikan demokrasi dan jadi kleptokrasi atau anda boleh jadi autokrasi,” kata Dr Mahathir apabila ditanya tentang kebimbangan berhubung kewujudan ‘deep state’ atau ‘negara dalam negara’ yang boleh menjejaskan Putrajaya.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas melancarkan Malaysian Autoshow 2019 anjuran Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), pameran kenderaan terbesar ASEAN yang bermula hari ini hingga 14 April di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang.

Mahathir Bongkar Strategi Pembangkang


Baru-baru ini, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata keputusan kerajaan menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) merupakan langkah ‘politik’ kerana bimbang akan cubaan rampasan kuasa yang didorong oleh kuasa di belakang tabir.

Statut Rom merupakan triti yang mewujudkan ICC.

Saifuddin juga dipetik berkata sejarah membuktikan rampasan kuasa atau kudeta merupakan reaksi biasa kemajuan demokratik dan pemberontakan rakyat susulan pilihan raya, dan ia biasanya dicetuskan oleh “deep state”.

Mahathir Bongkar Strategi Pembangkang. Menurut laporan itu, “deep state” juga dikenali sebagai “state within a state’ (negara dalam negara) merujuk kepada satu bentuk kerajaan sulit atau rangkaian yang beroperasi secara berasingan daripada kepimpinan politik sesebuah negara, bagi memenuhi agendanya sendiri. - bernama


  
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
Image
Image


Image
Image
Image





2 comments:

  1. Atok nie berak merata2 dan kemudian tuduh org lain pulak. Dah nyanyuk agaknya.

    ReplyDelete
  2. Kp suruh org berpegang pada janji.
    Ko bawa katak2 puru masuk rmh ko apa cerita?
    Janji kata jgn bawa katak masuk rmh..ko langgar!!!
    Bila kena tegur..merajuk
    Apa ker jadah bawa katak2 tu?!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan