Thursday, 25 April 2019

Kejutan Dari Speaker Johor

Kejutan Dari Speaker Johor. Kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal selepas pembentukan Tanah Melayu boleh membawa kesan serius, kata Speaker Dun Johor, Suhaizan Kayat.

"Ini suatu kenyataan yang serius kerana boleh memberi kesan kepada dua buah kerajaan Johor dan Terengganu. 

Kejutan Dari Speaker Johor.  Suatu perbincangan yang lebih serius melibatkan pakar daripada persekutuan dan negeri perlu dilaksanakan," kata Suhaizan kepada Malaysiakini.

Mahathir, dalam hantaran blog hari ini mendakwa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

Baca: Dr M: Perlembagaan Johor, T'ganu terbatal bila Malaya dibentuk

Perlembagaan Johor dimasyurkan pada tahun 1895 manakala Perlembagaan Terengganu dirangka pada tahun 1911 dan masih berkuatkuasa.

Kejutan Dari Speaker Johor


Perlembagaan negeri di semua negeri Tanah melayu adalah merupakan asas untuk pembentukan dewan undang negeri masing-masing serta memberi panduan terhadap pembentukan kerajaan negeri.

Kenyataan Mahathir itu dibuat selepas pertelingkahan dengan istana Johor dalam isu pemilihan menteri besar dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco).

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan bahawa perlembagaan negeri Johor memberi kuasa kepada baginda untuk memilih menteri besar.

Namun perdana menteri mengatakan kuasa tersebut terletak kepada parti politik atau parti yang memenangi pilihan raya.

Kejutan Dari Speaker Johor. Dalam catatan blognya hari ini, Mahathir berkata jika pemilihan seorang perdana menteri atau menteri besar bertentangan dengan kehendak parti yang menang, undi tidak percaya boleh didilakukan di dewan undangan negeri. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan