Friday, 5 April 2019

Gambar Salah Laku PRK Rantau Tersebar?

Gambar Salah Laku PRK Rantau Tersebar?Pemimpin utama BN mendakwa PH menggunakan kanak-kanak dalam kempen pilihan raya gabungan itu.

Aktivis Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali sebagai Chegubard, hari ini menyoroti penggunaan kanak-kanak pada acara yang turut menampilkan calon PH Dr S Streram.

Majlis itu dikatakan berlangsung pada hari Rabu lalu.

Gambar Salah Laku PRK Rantau Tersebar? Gambar yang dikongsi Badrul menunjukkan sekumpulan kanak-kanak di atas pentas bergerak bersama-sama Streram. Kanak-kanak berkenaan memegang kotak pensel warna.

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata beliau kesal melihat perkara ini berlaku.

"Saya agak kecewa dengan berita yang saya baca pagi tadi. Ini dari dulu dia buat.

"Kalau kita buat dia kata kita exploit kanak-kanak. Tapi semalam dia gunakan kanak-kanak pula.

"Saya harap benda begini boleh dielakkan. Ini pentas politik waktu PRK. Tak sesuailah kita libatkan kanak-kanak," kata Khairy kepada pemberita.


Gambar Salah Laku PRK Rantau Tersebar?


Calon BN, Mohamad Hasan pada sidang akhbarnya menyentuh isu yang sama bekata hal ini merupakan eksploitasi kanak-kanak, dan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya akan meneliti isu berkenaan.

"Guna kanak-kanak tak boleh dan tak sesuai. Eksploitasi kanak-kanak tak sesuai untuk menjadi bahan kempen," katanya.

Bekas perdana menteri Najib Razak pada hantaran di Facebook pula menyelar tindakan tersebut, berkata ia tidak beretika dan melanggar undang-undang.

"Kanak-kanak tak patut digunakan untuk kempen PRK. Lagipun pada waktu malam di atas pentas ceramah.

Gambar Salah Laku PRK Rantau Tersebar? "Ini bukan sahaja tidak beretika tetapi jelas melanggar undang-undang," katanya. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image


Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan