Tuesday, 9 April 2019

Berita Mengejutkan Dari Johor

Berita Mengejutkan Dari Johor. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan arahan untuk menukar menteri besar sudah lama diberikan, ditengah-tengah desas-desus mengatakan Osman Sapian akan ditukar selepas pertemuan dengan perdana menteri.

Tunku Ismail juga berharap menteri besar yang baru bukanlah “yes man” Putrajaya, dan menambah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah meneliti untuk menukar menteri besar “sejak berbulan lalu”.

Berita Mengejutkan Dari Johor.  “Tetapi orang lain pula nak ambil kredit dan ‘mileage’, kononnya dia arahkan,” katanya di Twitter hari ini.

Tunku Ismail mengingatkan kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak sultan. “Cukup-cukuplah ‘politicking’,” katanya.

Osman dipilih menjadi menteri besar Johor ke-16 pada 12 Mei 2018.

Berita Mengejutkan Dari Johor


Beliau mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad petang semalam di Pejabat Perdana Menteri dan difahamkan pertemuan berlangsung kira-kira 30 minit.

Bagaimanapun, media gagal mendapatkan ulasan Osman mengenai pertemuan itu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Abdul Hakim Ab Rahman berkata pertemuan itu “perjumpaan biasa” dan perlu diadakan sebagai persediaan kepada mesyuarat sempena sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura ke-9.

Berita Mengejutkan Dari Johor.  Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkunjung ke Putrajaya semalam dan hari ini mengadakan sidang media bersama dengan Mahathir. -mk



  
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 





Iklan
Image
Image


Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan