Monday, 22 April 2019

Angka Korban Terkini Tragedi Letupan Bom Di Sri Lanka

Angka Korban Terkini Tragedi Letupan Bom Di Sri Lanka. Polis Sri Lanka pada Ahad berkata, 13 orang ditahan susulan beberapa siri letupan yang meragut 228 nyawa di seluruh negara pulau itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Media tempatan melaporkan polis berkata, kesemua suspek ditahan di ibu kota Colombo dan 10 daripada mereka diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah.

Angka Korban Terkini Tragedi Letupan Bom Di Sri Lanka. Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memberitahu pemberita kesemua yang ditahan adalah warga Sri Lanka dan operasi pencarian sedang dijalankan untuk memburu lebih ramai suspek.

Beliau berkata, sejumlah 228 orang maut, manakala 450 lagi cedera dalam 8 insiden letupan pada Ahad.

Presiden Maithripala Sirisena melantik satu suruhanjaya khas untuk menyiasat serangan itu.

Letupan terbabit dilaporkan berlaku di seluruh Sri Lanka pada Ahad semasa beratus-ratus penganut Kristian berhimpun di gereja untuk memperingati Hari Easter, kata polis.


Angka Korban Terkini Tragedi Letupan Bom Di Sri Lanka


Jurucakap polis SP Ruwan Gunasekara berkata, satu letupan berlaku di Gereja St Anthony di Kochchikade, manakala letupan ke-2 di Gereja St Sebastian di Negombo, kedua-duanya terletak di pinggir ibu kota pada Ahad pagi.

Letupan ke-3 menggegarkan Gereja Zion di timur bandar Batticaloa.

Angka Korban Terkini Tragedi Letupan Bom Di Sri Lanka. Beberapa letupan turut menggegarkan 3 hotel 5 bintang di Colombo, manakala pada petang Ahad, satu letupan dilaporkan berlaku di sebuah hotel yang terletak bertentangan dengan sebuah zoo di Dehiwala, manakala satu lagi di sebuah kompleks perumahan di Dematagoda, kedua-duanya di ibu kota. -fmt





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan