Wednesday, 10 April 2019

Akhirnya PAS Mengaku?

Akhirnya PAS Mengaku? Takiyuddin Hassan mengakui beliau antara pihak yang berbincang dengan tokoh korporat Rameli Musa berkaitan kes saman presidennya Hadi Awang dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di United Kingdom.

Bagaimanapun, kata setiausaha agung PAS, beliau hanya terlibat dalam perbincangan umum dan tidak tahu menahu berkaitan dakwaan Rameli membayar RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown untuk menyelesaikan saman itu.

Akhirnya PAS Mengaku? "No, no, no, tak ada. Tak bincang tentang pembayaran dan tak pernah bincang,” katanya ditanya sama ada pertemuannya dengan Rameli membincangkan soal bayaran itu.

“Adalah bincang mengenai Sarawak Report secara umum tetapi pembayaran, jumlah pembayaran, kaedah pembayaran tak ada (sentuh).

“Kalau ada dibincangkan pun saya tak tahu. Tetapi semasa kehadiran saya tidak ada dibincangkan.”

Baca: 'Hadi memang tak tahu bayaran penyelesaian dengan Sarawak Report'

Takiyuddin dikatakan antara lima individu yang terlibat berhubung dengan Rameli dalam menyelesaikan kes saman dengan Rewcastle-Brown.

Selain Takiyuddin, dua lagi pihak dikatakan terlibat ialah Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga bekas setiausaha politik Hadi dan Peguam PAS Wan Rohimi Wan Daud.

Dua lagi nama, iaitu seorang ahli perniagaan dan seorang individu yang dekat dengan Hadi, tidak didedahkan buat masa ini sementara menunggu reaksi mereka.

Akhirnya PAS Mengaku?


Sumber yang dekat dengan Rameli baru-baru ini memberitahu Malaysiakini bahawa Hadi dan jawatankuasa pusat PAS tidak dimaklumkan berkaitan pembayaran penyelesaian saman oleh Rameli.

Kegagalan menyalurkan maklumat itu didakwa membuatkan Hadi dan pemimpin kanan PAS menafikannya, sehingga menimbulkan spekulasi Rameli bertindak sendiri dan memanipulasi maklumat itu untuk menganiaya parti itu.

Yang sah dibayar 'pihak ketiga'

Dihubungi Malaysiakini kelmarin, Takiyuddin berkata bukan sahaja Hadi, tetapi beliau juga tidak tahu menahu berkaitan bayaran itu.

"Masalah bayar atau tak bayar bukan isu, tetapi isu pokoknya sekarang ini Datuk Seri Haji Hadi dan PAS tidak bayar,” katanya mengulangi kenyataan Hadi pada 6 Mac lalu.

“Jadi, yang dapat disahkan ia dibayar oleh pihak ketiga.

"Jadi, kami tidak tahu mengenai proses pembayaran, jumlah pembayaran, butir-butir pembayaran itu, kita tidak tahu.”

Sumber memberitahu Malaysiakini beliau hanya hadir dalam pertemuan pertama pada 15 Oktober di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Akhirnya PAS Mengaku?


Takiyuddin berkata pertemuan beliau dan Hadi dengan Ramlee perkara biasa kerana presiden PAS dan Rameli saling mengenali.

Awak salah orang, kata peguam PAS

Sementara itu, Wan Rohimi ketika dihubungi Malaysiakini meminta perkara itu dirujuk kepada Takiyuddin kerana sebagai setiausaha agung.

“Saya tak tahu, saya tak terlibat.

“Awak salah orang ini,” katanya ketika diminta mengesahkan beliau antara lima orang yang bertemu Rameli bagi membincangkan kes dengan Sarawak Report.

Setiausaha akhbar Ahmad Samsuri, Adram Musa pula berkata menteri besar Terengganu biasanya tidak akan memberikan reaksi terhadap berita “bersifat spekulatif dan yang tidak produktif”.

“Saya respon berdasarkan pengalaman saya bekerja dengan MB lebih 15 tahun,” katanya.

Hadi menyaman Rewcastle-Brown kerana melaporkan Umno menyalurkan dana RM90 juta kepada pemimpin partinya.

Akhirnya PAS Mengaku? Kes melibatkan dana RM90 juta itu kini sedang dalam siasatan SPRM. - mk






  
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 





Iklan
Image
Image


Image
Image
Image





1 comment:

  1. Boleh caya ka kita kpd ppuok yg kata: Wajib Berbohong demi maslahah kuncu-kuncu kita?
    Teman idok!!!
    Kamu macamana?

    Tag line: Mr Presideng kaki lebong!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan