Wednesday, 10 April 2019

9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan


9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan. Ada orang keje kuat tak kaya, ada orang keje sikit kaya, kenapa?

Jawapanya senang je...9 daripada punca rezeki datang daripada berniaga.

Apa maksudnya? Jika anda berniaga, anda dapat sembilan daripada 10 rezeki. Jika anda bekerja, anda dapat satu daripada 10 rezeki. 

Ia macam ini...

Kasim bekerja dengan Pak Mad. Pak Mad seorang kontrektor binaan. Kasim di bayar gaji RM2,000 sebulan.

Pak Mad mempunyai 9 pekerja binaan, dia bayar gaji RM18,000 sebulan untuk pekerja.

9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan


Dalam masa yang sama Pak Mad membayar gaji dirinya RM2,000 sebagai sebagai upah mengurus 9 pekerja.

Satu hari Pak Mad mendapat kontrek membesarkan ruang tamu rumah banglo seorang uasahawan dengan kos RM100,000 dan diminta dsiapkan dalam masa satu bulan. Pak Mad setuju dengan tawaran kerja tu.

Setelah satu bulan, kerja kontrek pun siap dan Pak Mad pun mengira untung rugi bisnes kontreknya itu.

Harga kontrek - RM100,000
Gaji pekerja - RM20,000 untuk 10 pekerja
Kos binaan dan kos overhed - RM60,000
Keuntungan Pak Mad - RM100,000 - RM80,000 = RM20,000

Apa yang rezeki Pak Mad dapat dari bisnes di atas? Tentulah untung RM20,000 atau 10 kali ganda daripada gajinya RM2,000 atau gaji pekerja Kasim.

Tidakkah Pak Mad dapat lebih 9/10 rezeki berbanding 1/10 jika beliau sebagai pekerja atau gaji Kasim pekerjanya?

9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan



Mengapa 9/10 Rezeki Datang Daripada Perniagaan? Kebolehan (leverage) Mengurus Pekerja

Sebab utama ialah kebolehan (leverage) Pak Mad menggunakan 9 pekerja bagi membantu menyiapkan kontrek dalam masa satu bulan. Tentu mustahil Pak Mad boleh siapkan kontrek seorang diri dalam masa tersebu.

Kebolehan (leverage) Dalam Teknologi

Sebenarnya ramai tak tahu menggunakan kebolehan teknologi (technological leverage) bagi menjana pendapatan walaupun ramai yang ada internet, note book dan telefon canggih. 

Kebanyakan kita ada Facebook, IG, blog, twitter tetapi tak ramai yang mengguna bagi menjana pendapatan.

9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan


Saya gunakan kemudahan internet bagi menjana pendapatan selepas bersara. Semuanya dilakukan di rumah atau sambil mengetih di kedai mamak.

Saya gunakan pendapatan ini untuk melancong, berbelanja dan bersedekah tanpa menggunakan duit pencen.

Jika anda minat, sila langgani cara-cara menjana pendapatan dengan kaedah teknologi. 

Anda akan menerima siri-siri email bagaimana anda boleh menjana pendapatan dari rumah. Ianya percuma dan berbaloi membacanya.

Klik: 

Artikel disediakan oleh:
Abd Rahaman Rasid, CFP
abdrahaman@gmail.com
April 2019







1 comment:

  1. Siapa kata? 90% peratus kepimpinan tertinggi melayu umno jd kaya sebab rasuah dan salahguna kuasa. Melayu umno lain harapkan dedak. Pas sedang belajar drp umno.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan