Wednesday, 20 March 2019

Ulama PAS Nyatakan Dalil Tolak DAP

Ulama PAS Nyatakan Dalil Tolak DAP. Seorang ulama PAS mempertahankan pendiriannya kerana bersikap berbeza semasa menerima dan menolak kerjasama parti itu dengan DAP sebelum ini.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata ada pihak yang mengecamnya atas pendirian sebegitu dan keadaan sama berlaku ketika parti terbabit bekerjasama dengan Umno.

Ulama PAS Nyatakan Dalil Tolak DAP. "Mereka (pengkritik) mengatakan saya bermain dengan hujah," katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mokhtar yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang berkata pihak yang mengecamnya perlu tahu bahawa politik itu sebahagian daripada disiplin bidang fikah.

Justeru kata Mokhtar bidang berkenaan dinamakan fikah siasah atau fikah politik.

Apabila disebut fikah, maka hukum akan sering berubah-ubah.

"Mana ada hukum fikah yang tak berubah secara mutlak?" katanya lagi.

Terdahulu Mokhar memberi penjelasan mengenai sikapnya yang memberikan hujah untuk menerima atau menolak kerjasama PAS dengan DAP - sebelum ini - serta Umno sekarang.

Ulama PAS Nyatakan Dalil Tolak DAP


DAP dulu lain kini lain

Kenyataan itu mendapat banyak cemuhan selepas disiarkan Malaysiakini.

Bagaimanapun Mokhtar berkata beliau tidak marah dengan cemuhan itu kerana beranggapan pembaca tidak memahami apa yang ditulisnya.

Ada kemungkinan juga kata Mokhtar pihak terbabit tidak membaca kenyataan itu dengan tenang.

"Bahkan mungkin mereka tak membacanya pun. Apabila nampak di bawah artikel itu nama saya, maka semuanya dikira tidak betul dan perlu diberi komen negatif," katanya.

Menurut beliau sesuatu hukum yang disusun dan dibina atas dasar kepentingan dan keperluan akan mengikut keperluan berkenaan.

"Ia berubah mengikut perubahan keperluan itu," katanya.

Ulama PAS Nyatakan Dalil Tolak DAP


Disebabkan hukum berubah mengikut keadaan dan keperluan semasa, katanya, maka datanglah ijtihad ulamak.

"Lalu perlu dilihat apa yang berubah sehingga hukum turut berubah.

"Contohnya, DAP dahulunya tidak bersifat menolak Islam secara nyata, bahkan sedia bersetuju untuk tidak bersetuju. Lalu PAS boleh bersama dengan mereka.

Ulama PAS Nyatakan Dalil Tolak DAP. "Namun apabila mereka mula menyerang PAS dan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS, maka haram pula untuk PAS menyetujui dan bersama dengan mereka," katanya.





Iklan



Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Mmg patut tolak kapir dapigs tu.
    Dulu mula2 nak rapat dgn pas sanggup kata akan terima hudud. Siap kata apa nak takut hudud kalau tak bersalah.
    Bila dah gah dgn kerusi parlimen yg banyak dan sokongan rakyat yg ramai.
    ..mrk tolak hudud dan menyingkirkan pas dpd pr. Bangsa yg tidak layak diuntung. Tak menipu tak sah hidup mrk. Jilat taik sanggup asal dpt bodek sokongan rakyat.
    Cukuplah..jangan dilayan puak penipu dan bongkak.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan