Friday, 22 March 2019

Panduan Belajar Membaca IQRA & Al-Quran


Panduan Belajar Membaca IQRA & Al-Quran. Assalamualaikum.. Kepada semua pelawat laman lottepi.com, di sini saya Zul @ Paksu Cuckoo selaku Admin Channel youtube belajaralquran bersama Guru Al-Quran Channel youtube iaitu Ustaz Zaki berbesar hati untuk menghimpunkan semua link playlist Channel youtube belajaralquran menerusi halaman ini.


Tujuan kami menghimpunkan link playlist video-video panduan belajar membaca IQRA dan Al-Quran ini bagi memudahkan pelawat, penonton, pembaca dan pelajar sekelian untuk menyimpan link tersebut dengan mudah di menu telefon pintar masing-masing.

Ianya bertujuan untuk memudahkan aktiviti pembelajaran, mendengar bacaan dan belajar dengan hanya satu klik sahaja terus di menu telefon pintar masing-masing.

Panduan Belajar Membaca IQRA & Al-Quran



Untuk pengetahuan semua, Channel youtube belajaralquran ini mula dibangunkan sejak 6 tahun yang lalu bermula dengan video belajar IQRA Buku 1 mukasurat 1 iaitu pada 27 Jan 2013.

Proses rakaman diteruskan sedikit demi sedikit menghabiskan rakaman video belajar IQRA Buku 1, IQRA Buku 2, IQRA Buku 3, IQRA Buku 4, IQRA Buku 5 & IQRA Buku 6.

Masa yang panjang diperlukan oleh kami untuk melengkapkan rakaman video belajar membaca IQRA sepenuhnya iaitu pada 28 Jan 2018.

Masa yang panjang ini adalah disebabkan kelemahan kami, pelbagai halangan dan kekangan, namun Alhamdulillah, ianya dapat diselesaikan juga.

Panduan Belajar Membaca IQRA & Al-Quran



Selepas tempoh itu rakaman diteruskan dengan membuat video belajar Al-Quran dengan Ustaz mula mengajar membaca surah-surah dalam Juz Amma (Juzuk 30), kemudian diikuti dengan mengikut turutan dalam Al-Quran bermula dengan Surah Al-Baqarah, Surah Ali-Imran, Surah An-Nisa’, Al-Maidah dan kini Surah Al-An’am.

Alhamdulillah, usaha rakaman ini akan diteruskan dari masa ke semasa in shaa Allah untuk melengkapi video belajar membaca Al-Quran hingga ke akhir.

Mohon doa dari semua agar usaha ini dipermudahkan Allah swt

17/2/2019, Admin Channel youtube

Zul @ Paksu Cuckoo | 012-709 2198 bersama Guru Al-Quran Ustaz Zaki..

Panduan Belajar Membaca IQRA & Al-Quran


Link-Link Playlist Video Belajar Membaca Al-Quran
Playlist video belajar membaca IQRA Buku 1 (Full) – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca IQRA Buku 2 (Full) – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca IQRA Buku 3 (Full) – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca IQRA Buku 4 (Full) – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca IQRA Buku 5 (Full) – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca IQRA Buku 6 (Full) – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca Al-Quran Juzuk 30 (Juz Amma) – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca Al-Quran Surah Al-Baqarah – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca Al-Quran Surah Ali-Imran – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca Al-Quran Surah An-Nisa’ – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca Al-Quran Surah Al-Maidah – Sila klik link ini
Playlist video belajar membaca Al-Quran Surah Al-An’am – Sila klik link ini

….. Senarai playlist ini akan dikemaskini dari masa ke semasa – 20/2/2019

Jemput semua join Channel Telegram belajaralquran – Klik Sini Untuk Join Group Telegram

Channel youtube kami : http://youtube.com/belajaralquran

MOHON SUBSCRIBE, LIKE & SHARE CHANNEL INI

PEMBELAJARAN DALAM LAMAN PLAYLIST INI ADALAH PERCUMA

Namun kepada penonton, pendengar dan pelajar-pelajar yang ingin membuat sumbangan kepada Channel kami ini untuk sama-sama membantu meningkatkan keperluan dan menampung keperluan kos membangunkan Channel ini. Kami amat menghargai dan berbesar hati untuk menerima sebarang sumbangan dari mana-mana pihak. Moga Allah jua yang membalas budi baik dari Tuan/Puan ini. Semoga Allah kurniakan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

Segala sumbangan boleh disalurkan kepada akaun pemegang amanah Channel belajaralquran ini atas nama seperti dibawah ini.

Akaun Maybank 551137505993
Penama akaun Zulkifli Bin Harun
No handphone 012-7092198


Sekian terima kasih.


Untuk keterangan lanjut sila layari Panduan Belajar Membaca IQRA & Al-Quran..





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan