Tuesday, 12 March 2019

Kes Najib Dimohon Tangguh Lagi

Kes Najib Dimohon Tangguh Lagi. Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bersetuju untuk menyambung perbicaraan kes rayuan bekas Perdana Menteri Najib Razak berkenaan SRC International Sdn Bhd sehingga Jumaat ini.

Ini susulan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah memohon penangguhan atas alasan kecederaan di tangannya.

Kes Najib Dimohon Tangguh Lagi. "Anjing melompat ke atas saya," kata Shafee kepada panel tiga anggota yang terdiri daripada Zabariah Mohd Yusof, Lau Bee Lan dan Rhodzariah Bujang.

Katanya, beliau dalam kesakitan memerlukan rawatan perubatan pada kadar segera.

Peguam Negara, Tommy Thomas, yang bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes tersebut, berkata walaupun beliau bersimpati tetapi pihak pendakwaan tidak menyokong perbicaraan ditangguhkan lebih lanjut.

"Seluruh negara, semua orang, mahu perbicaraan bermula esok jika boleh.


Kes Najib Dimohon Tangguh Lagi


"Terdapat tekanan terhadap pasukan pendakwa, sebenarnya tekanan global ke atas kami untuk memulakan perbicaraan.

"Saya faham peguam bela ada masalah, tetapi di sisi lain kami di bawah pengawasan mengapa perbicaraan ini tidak bermula," katanya.

Oleh itu, menurut Thomas beliau berharap rayuan dapat didengar secepat mungkin untuk membuka jalan supaya perbicaraan dapat dimulakan.

Panel hakim kemudiannya membenarkan penangguhan dan menetapkan Jumaat 8:30 pagi untuk perbicaraan rayuan kali keempat dan terakhir.

Kes Najib Dimohon Tangguh Lagi


Najib berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana RM42 juta daripada SRC, sebuah syarikat milik kerajaan yang dikaitkan dengan 1MDB.

Beliau, bersama anaknya, Norashman Najib, hadir di mahkamah hari ini. - mk




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image





10 comments:

  1. hahaha anjing pun dh fedup dgn kau. sampai bila nk tangguh, mana mau lari aaaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya anjing akan bergurau dengan anjing.......!!

      Delete
  2. Main dgn anjing pulak budak ni.... Hahaha...

    ReplyDelete
  3. Hari jumaat nanti dia cakap anjing gigit ,koyak kan document perbicaraan ... mintak tangguh lagi

    ReplyDelete
  4. Barua najib ni bela anjing rupanya ...hmmm

    ReplyDelete
  5. Alasan lain...kucing kelahu dgn anjing dan koyakkan dokumen mahkamah.... aduh... kalau masa mendakwa dulu asyik marah kalau tertuduh mohon tunda. ..

    ReplyDelete
  6. Kalau dah start bicara, muntah kedarah habis semua keluar cerita bagaimana duit disedut oleh siPenyamun ini.

    Tu yg mcm2 helah nak tangguh dan nak mintak gag order tak bolih media lapor cerita dari mahkamah. Bukan bossku tapi takda telur kata tak bersalah.

    Kerajaan mesti pasti kan Hakim2 tolak semua kerenah Mamak ini dan segerakan bicara.

    Biar orang Rantau dapat live streaming dari Mahkamah.

    ReplyDelete
  7. Pondan bugis rupanya, bukan pahlawan bugis! Dlm media sosial dan depan penyokong melayu beliau, najib begitu gah sekali. Tapi bila nak bicara di mahkamah tiba2 teloq jd kecut. Bossku pondan, penyokong bossku bangang!

    ReplyDelete
  8. Cuba bayangkan jk tragedi mh 370 terjadi semasa ph perintah, sudah tentu macai2 sama yg dok belasah kerajaan ph skrg siang malam pagi petang tak henti2 akan menyalahkan kerajaan ph atas berlakunya peristiwa itu. Itulah logik sewel macai melayu umnopas!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan