Friday, 22 March 2019

Jho Low Berbelanja Besar Untuk Pulihkan Imej

Jho Low Berbelanja Besar Untuk Pulihkan Imej. Ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho melantik beberapa firma perhubungan awam, peguam dan ejen untuk meningkatkan imejnya berikutan skandal 1MDB, kata sebuah badan pemikir di Washington DC.

Menurut Centre for Responsive Politics (CRP), rekod rasmi menunjukkan Low belanja lebih AS$1.38 juta (RM5.6 juta) dalam kempen untuk membersihkan imejnya.

Jho Low Berbelanja Besar Untuk Pulihkan Imej.  Bagaimanapun, angka sebenarnya mungkin lebih tinggi jika mengambil kira yuran guaman.

Dalam laman webnya, opensecrets.org, CRP mendedahkan bekas perdana menteri Najib Razak juga melantik beberapa firma di AS termasuk sebuah yang diusahakan oleh bekas peguam negara AS, John Ashcroft dan sebuah lagi firma baru, yang dikatakan rapat dengan pentadbiran Trump.

Katanya, “foreign agent on record” Najib di Ashcroft Law Firm adalah Mark Corallo, bekas jurucakap pasukan peguam persendirian Presiden Donald Trump dalam siasatan berkaitan Rusia.

Akta Pendaftaran Ejen Asing AS (Fara) menetapkan ejen yang dilantik oleh ahli politik asing mendaftar dengannya dan membuat pengisytiharaan dari semasa ke semasa, termasuk wang yang diterima.

Walaupun Ashcroft Law Firm menyerahkan pengisytiharan Fara, memperincikan kegiatan dijalankan untuk Najib dalam tempoh 6 bulan pada separuh kedua 2018, firma itu belum melaporkan menerima sebarang bayaran, dengan alasan “gangguan dalam kerja dan keperluan bayaran”.

Jho Low Berbelanja Besar Untuk Pulihkan Imej


CRP menyedari terdapat sebuah lagi firma mempromosikan kepentingan Najib, the 45 Group, “dilaporkan dibayar 6 angka” oleh firma lain yang didaftar di Kepulauan Virgin British, tetapi mempunyai alamat di Malaysia.

Badan pemikir itu menyatakan Low, di tengah-tengah skandal 1MDB melibatkan berbilion dolar “senyap-senyap membina pasukan ejen dan firma asing” ketika siasatan terhadap urusan kewangannya dijalankan.

“Rekod dikenal pasti oleh Centre of Responsive Politics menggunakan alat Foreign Lobby Watch menunjukkan operasi Low terus menambah bilangan firma dan individu, mengaut sekurang-kurangnya bayaran 7 angka untuk kumpulan pengurusan reputasi dan perkhidmatan komunikasi bertujuan mendapatkan pengaruh di AS.”

Low melantik firma guaman – Kobre dan Kim serta Schillings International – untuk membantunya.

CRP menyebut: “Operasi itu menjadi contoh kepada pelaksana komunikasi perundangan baru yang memainkan peranan di belakang tabir untuk menggilap imej individu-individu dan pertubuhan yang mewah yang terlibat dalam pergolakan undang-undang antarabangsa – dengan bayaran.”

Ia menyatakan tidak diketahui siapa yang membiayai operasi tersebut.

“Kenyataan pendaftaran kedua-dua firma termasuk dakwaan bahawa mereka ‘menerima wang bagi pihak prinsipal asing’ daripada pihak ke-3, tetapi mereka tidak mendedahkan identiti pembiaya itu.”

Menurut CRP, Levick Strategic Communications, firma yang baru-baru ini dilantik oleh Kobre dan Kim, meraih AS$50,000 sebagai ejen untuk memberikan “nasihat perhubungan strategik, khidmat kaunseling dan pelaksanaan dalam merancang siasatan profil tinggi dengan perhatian media” dan “pelbagai urusan perundangan berkaitan”, dari 21 Februari ke 6 Mac.

Bahan pendaftaran diserahkan kepada Jabatan Kehakiman untuk Levick dan sebuah firma baru, Reevemark LLC, menunjukkan Low ‘memperkenalkan dirinya sebagai dermawan, pelabur dan usahawan’.”

Reevemark sedia menerima AS$175,000 untuk tugasnya mempromosikan Low dari 15 Februari hingga hujung Mac diikuti oleh bayaran bulanan AS$125,000 menurut kontrak awalnya.

“Lain-lain rekod Fara sejak Jun 2018 menyediakan lain-lain urus janji seperti yuran bulanan AS$50,000 dibayar oleh Kobre dan Kim kepada RCG Haggerty LLC untuk 3 bulan pertama perkhidmatan.

“Firma-firma itu menyelaraskan struktur yuran tersebut pada Ogos, dengan menaikkan retainer bulanan kepada AS$100,000 atas alasan beban kerja.

Jho Low Berbelanja Besar Untuk Pulihkan Imej


“Di samping bayaran 6 angka itu, mereka membayar tambahan AS$20,000 sebulan untuk ‘rakan-rakan kongsi Ausralia’ untuk memberi liputan Asia/Pasifik dan strategi dan capaian ke media Asia dan Australia melalui anggota PRCG.

Menurut CRP, Kobre dan Kim setuju membayar AS$55,000 setiap bulan kepada Marathon Strategies – firma diasaskan oleh pelaksana kempen Parti Demokrat berpengalaman – Phil Singer – untuk perhubungan media dan perkhidmatan digital bermula Ogos 2018.

Peruntukan dalam kontrak juga memberi ruang kepada potensi untuk perbelanjaan tambahan seperti pengeluaran video.

“Bulan itu, Kobre dan Kim menandatangani kontrak untuk AS$70,000 sebulan dengan firma pengurusan reputasi FiveBlocks. Bulan berikutnya, September 2018, Kobre dan Kim menambah kontrak AS$13,315 dengan firma perhubungan awam berpusat di London, PHA Group.”

Katanya, Kobre, Kim atau Schillings International tidak memberi respons apabila diminta komen sebelum disiarkan.

Ia menambah: “Urusan fail Fara tiba beberapa minggu selepas berita DoJ sedang menyiasat sama ada sumbangan AS100,000 kepada jawatankuasa bersama kutipan dana dalam kempen pemilihan semula Trump, Trump Victory, mungkin daripada Low dan melanggar undang-undang kewangan kempen yang melarang wang asing dalam pilihan raya AS.”

Najib sedang berdepan pelbagai pertuduhan di Malaysia sementara Low didakwa tanpa kehadirannya berkaitan dengan kes 1MDB.

Jho Low Berbelanja Besar Untuk Pulihkan Imej.  Di mana Low berada tidak diketahui tetapi ejen perhubungan awamnya menghantar kenyataan dari semasa ke semasa kepada media dan mengatakan dia tidak bersalah. - fmt




      
Iklan



Image

Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan