Thursday, 21 March 2019

Berita Sedih Dari New Zealand

Berita Sedih Dari New Zealand. Rakyat Malaysia, mangsa serangan pengganas pelampau kanan yang dilaporkan hilang sebelum ini disahkan maut, maklum Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Berita Harian memetik kenyataan exco kerajaan negeri itu dalam hantaran di media sosial malam ini.

Berita Sedih Dari New Zealand.  "Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang hilang susulan kejadian serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand disahkan maut," ciap akhbar itu di Twitter.

Haziq merupakan anak kepada salah seorang mangsa yang cedera, Mohd Tarmizi Shuib, 46, dari Kedah. 

Selain itu terdapat dua lagi mangsa yang sedang menerima rawatan iaitu Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46 dari Kelantan.

Berita Sedih Dari New Zealand


Ketika kejadian Tarmizi bersama dua anaknya, Hariz dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Noor di Christchurch itu.

Ketiga-tiga mangsa yang sedang dirawat dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru serta luka yang dialami.

Berita Sedih Dari New Zealand


Phee bersama Adun Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz mewakili kerajaan negeri menemani ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65 dan abangnya, Rosdi Ahmad, 42 sedang berada di New Zealand sejak 17 Mac lalu.
Haziq disahkan meninggal duniahttps://t.co/kYlDeZmuEC pic.twitter.com/Ehi7wj9jcx

— Berita Harian (@bharianmy) March 20, 2019


Iklan



Image

Image
Image
Image





1 comment:

  1. Allahu akbar!!! Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un...Ya Allah, kurniakan lah syurga untuknya...sebagai menggantikan kesedihan kami terhadapnya

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan