Sunday, 3 March 2019

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mengamuk Di PRK Semenyih

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mengamuk Di PRK Semenyih. Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam mengoyak kain rentang yang memaparkan wajah isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor.

Terdahulu, kekecohan berlaku di pusat pengundian Sesapan Batu Rembau di antara penyokong BN dan PH ekoran kemunculan kain rentang itu.

Kain rentang itu turut disertakan dengan slogan 'malu apa bossku' yang dipopularkan suami Rosmah, Najib Razak, selain ayat yang dilihat berbaur provokasi: "Siapa boss? Aku lah boss.. Ingat Najib ke?"

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mengamuk Di PRK Semenyih. Ketika wartawan tiba di kawasan berhampiran, berlaku pergaduhan kecil namun berjaya ditenangkan.

Selepas beberapa ketika, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba untuk menurunkan kain rentang itu, namun dihalang penyokong PH. 

Difahamkan, petugas SPR membuat keputusan tidak menurunkan kain rentang itu atas faktor keselamatan, namun akan akan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Tidak lama kemudian, Lokman tiba dan terus mengoyak kain rentang itu. Keadaan sedikit tegang, namun terkawal.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mengamuk Di PRK Semenyih


Diminta mengulas perkara itu pada sidang medianya, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berharap kejadian seumpamanya dihentikan.

"Saya tak tahu (tentang kejadian itu), SPR belum menerima apa-apa laporan. Saya rasa itu (kain rentang) mencaci dan provokasi. 

"Saya harap ini diperhentikan sebab ini boleh menimbulkan masalah ketenteraman," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mengamuk Di PRK Semenyih. Selain larangan merayu undi pada hari pengundian, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 turut melarang mana-mana pihak bagi mana-mana calon atau parti politik untuk berkempen menentang mana-mana calon atau parti politik dengan sebarang cara.





Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



3 comments:

  1. Knp lobak ni naik angin sgt? Awak ingat awak sorang sj yg boleh main dgn sentimen org secara haramjadah

    ReplyDelete
  2. Lobak terpaksa pasal majikannya diusik...hihihi kena menyalak kuat sikit...

    ReplyDelete
  3. KIKI AJOMM KITA KE RANTAU PULA YERR
    ATOK KAU DAH MULA PANAS MONTOT ADANYA
    PANJI DAN TEMPO KLIMAKS TUNGGU MASA
    PANJI MANA MRLINGKUP DOLU KITA TEPUKKAN SAJA...

    KIKIKIKI..

    ATOK JIDIN BOBOI DAN MENGILA KINI
    CALON CAP BONGA TERKENGKANG PERGI
    ALJUBORI DAH SIAP SEDIA KE NAK JADI..?
    SILAP ARI BOLAN TERKENGKANG GAK NNTI

    KIKIKIKIKI..

    ASAL BUKAK MULUY ALJUBORI MENIPU
    CEK KAWAN SINDRI DIFITNAH PAS PUNYA
    RAPIJI GORENG BACK UP LGI SI PENIPU
    ALAMAK UNDI X CAYE KANTOI MAKAN TUANYA


    KIKIKIKK... AJOMMMM BELI POP KON WAYANG DAH START NI... PANJI FITNAH MANA YG LUNGKUP KITA TEPUKKKK KUAT KUAT..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan