Monday, 18 February 2019

Patutlah Najib Popular Di Medial Sosial.. Ini Puncanya

Patutlah Najib Popular Di Medial Sosial.. Ini Puncanya. Populariti pemimpin politik utama negara di media sosial berubah secara drastik selepas PRU ke-14, dengan bekas perdana menteri Najib Razak kini mendahului jauh di depan.

Menurut kajian firma pengiklanan Nobleman Creations, ia diukur melalui analisis terhadap "perhubungan keseluruhan (total engangement)" dan peningkatan "likes" di laman Facebook mereka, dengan perbandingan data antara Mei 2018 dan Januari 2019.

Patutlah Najib Popular Di Medial Sosial.. Ini Puncanya Nobleman Creations memerhati laman Facebook Najib, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

"Dalam aspek reaksi keseluruhan, komen dan kongsian, laman Facebook Najib jauh lebih baik berbanding ahli politik utama yang lain.

"Sejumlah 6.7 juta reaksi, komen dan kongsian yang dikumpul Najib pada Januari lebih banyak daripada jumlah reaksi, komen dan kongsian diraih Mahathir sepanjang Mei lalu, ketika PRU diadakan," kata firma itu.

Bagi Mahathir pula, "perhubungan keseluruhan" di laman Facebooknya telah menurun sebanyak 96.92 peratus pada Januari.

Ia juga mendapati peningkatan bilangan "likes" di laman Facebook Mahathir, Anwar dan Hadi telah berkurang secara dramatik, tetapi keadaan berbeza untuk Najib.

Patutlah Najib Popular Di Medial Sosial.. Ini Puncanya


 Ketika dihubungi, CEO Noblemen Creations Na'im Brundage berkata Pakatan Harapan (PH) yang dulunya menjadikan sesuatu perkara tular - seringkali dengan menggunakan kontroversi - kini tidak lagi boleh berbuat demikian kerana memegang kuasa.

"Kebanyakan pemimpin PH paling berpengaruh kini memegang jawatan kerajaan (maka) tugas pentadbiran mereka nampaknya mengalihkan tumpuan mereka daripada berkomunikasi dengan orang awam melalui ruang digital," katanya.

Katanya lagi, ramai aktivis dan penyokong PH telah meninggalkan kegiatan atas talian mereka selepas PRU.

"Kebanyakannya berbuat demikian untuk melihat kerajaan bertukar. Kini PH sudah jadi kerajaan, mereka kembali kepada kehidupan masing-masing," katanya lagi.

Berkenaan Najib, Na'im berkata bekas perdana menteri itu telah menugbah sama sekali gayanya dalam usaha untuk kelihatan sama seperti rakyat kebanyakan.

Patutlah Najib Popular Di Medial Sosial.. Ini Puncanya


"Hantarannya sebelum pilihan raya dibuat secara berhati-hati untuk menunjukkan persona negarawan, manakala hantaran selepas PRU lebih bersahaja dan penggunaan perkataan lebih menggunakan bahasa tidak rasmi," katanya.

Beberapa bulan ini, Najib menggunakan imej yang lebih santai serta jenaka dalam setiap kritikannya terhadap PH.

Januari lalu, Najib menobatkan dirinya sebagai 'raja troll' selain menggunakan tagline 'bossku' - istilah yang sedia popular.

Patutlah Najib Popular Di Medial Sosial.. Ini Puncanya Brundage yang juga ketua pemuda PKR Wilayah Persekutuan berkata, PH perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk kembali 'menang' di ruang digital sebelum keadaan semakin memburuk untuk mereka. - malaysiakini




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



6 comments:

  1. Menteri Komunikasi fail.. Tukar orang lain..

    ReplyDelete
  2. yesss...menteri komunikasi tak pandai buat kerja sbb:
    1. dia sorang jer Singh kat situ...ada inferioriti kompleks....dulu ada sorang Harjit Singh pembaca berita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar balik kerajaan lama biar Rosmah,,Najib dan Jho Low teruskan merompak Wang Negara dan Rakyat........!!!

      Delete
    2. Mahdey tu apa kurangnya...
      Kalau tak merompak...mana mgkin anak..proksi dan kroni dia kaya raya.
      Ko boleh tanya rafizi berapa nilai aset mahdey anak beranak dlm dan luar negara.7 keturunan tak abis.

      Delete
  3. Kalau dah tak tau malu dan cuba menegakkan benang basah dan merasa dirinya disayangi rakyat... macam2 perkara boleh buat. Tuduhan pengkhianatan wang awam berpuluh2 sedang menunggu tetapi buat selamba aje. Itu berlaku kerana ada warga umno yang menyokong kuat di belakangnya dan percaya dsnr tak bersalah. Hal ini mudah dibaca kerana dsnr seorang billionaire... kalau tak... sapa nk back dia sampai sanggup jadi baruanya. Zahid Hamidi pun tak ada yang backup sampai macam tu sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan berlebihan mengata cai..
      Mahdey pon ramai yg nak penjarakan dia...
      Tapi dah namanya politik...memperguna dan dipergunakan demi kuasa dan harta.
      Berlakon insaf dan berwayang depan rakyat tapi kroni dah berlumba2 menyusun projek mega.

      Cuma kesilapan mahdey dan suku sakatnya ialah bnyk sangat berjanji dan yg sadisnya memperlekeh janji dan mandat yg diberikan oleh rakyat.
      Manifesto bukan kitab bible yg perlu dipatuhi.Jelas rakyat kena kencing.

      Maka rakyat akan membuka balik skandal2 buruk mahdey ketika jadi pm ke4 yg berjiwa proksi dan kroni.Yg terbaru skrg 11 projek mega diberi kpd kerajaan kedah.Siapa mb kedah skrg?
      Bermakna sifat lama tetap sama.
      Batal projek ecrl...kroni vincent tan pula naik utk ambil alih wlpun memutuskan menarik diri slps itu bila diketahui rakyat.Mgkin ada proksi yg mgganti???

      Maka tiada perubahan.Yg gila nak kaya terus nak jadi kaya.Kerja sampai mati demi siapa?Untuk rakyat atau utk....

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan