Tuesday, 22 January 2019

PRK Cameron Highlands: Rekod Kewangan Pahang Dibongkar

PRK Cameron Highlands: Rekod Kewangan Pahang Dibongkar. Ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) di Cameron Highlands semakin hangat, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menyerang kerajaan Pahang pimpinan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa ia membentangkan belanjawan lebihan setiap tahun, sedangkan ia mengalami defisit sejak 2014.

Merujuk Laporan Ketua Audit Negara ke atas penyata kewangan kerajaan negeri, katanya, Pahang sebenarnya mengalami defisit secara berterusan dari 2014 hingga 2017.

PRK Cameron Highlands: Rekod Kewangan Pahang Dibongkar.  “Keadaan defisit semasa secara berterusan ini mencerminkan pengurusan kewangan tidak bertanggungjawab dan tidak berhemah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Akibat pengurusan kewangan negeri yang lemah, kerajaan negeri Pahang tidak berkemampuan memenuhi obligasi hutangnya kepada kerajaan persekutuan, yang merupakan jumlah terbesar di antara semua negeri di Malaysia.”

Lim berkata, hutang kerajaan Pahang kepada kerajaan persekutuan berjumlah RM3.178 bilion, setakat 31 Disember lalu.

PRK Cameron Highlands: Rekod Kewangan Pahang Dibongkar


“Mampukah kerajaan negeri Pahang menjalankan pembangunan mampan dengan hutang paling tinggi dalam Malaysia sebanyak RM3.2 bilion pada akhir 2018, dan belanjawan berdefisit setiap tahun, dengan defisit terkumpul negatif RM228 juta pada akhir 2017?” soalnya.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika BN dan Pakatan Harapan bersaing di Cameron Highlands, di mana gabungan 4 parti pemerintah itu cuba merampas kerusi Parlimen terbabit daripada BN.

BN mempertaruhkan calon Orang Asli yang juga bekas pegawai kanan polis, Ramli Mohd Nor, manakala PH menurunkan M Manogaran daripada DAP. Dua calon bebas turut bersaing merebut kerusi Parlimen itu pada 26 Januari ini.

PRK Cameron Highlands: Rekod Kewangan Pahang Dibongkar. Seramai 247 pengundi awal yang kebanyakannya polis mengundi hari ini. - free malaysia today





Iklan

Image
Image
Image
Image

Image



1 comment:

  1. Setakat itu sajalah kemampuan kerajaan ketuanan melayu dan para lebai. Memalukan bangsa dan agama. Tapi sembang kencang tak mau kalah!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan