Wednesday, 23 January 2019

Nik Abduh Buat Kejutan Terbesar

Nik Abduh Buat Kejutan Terbesar. Selepas pemimpin tertinggi PAS menyatakan sokongan padu mereka kepada calon BN, malam tadi anak bekas mursyidul Am PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula memainkan peranannya.

Nik Abduh yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata anggota parti itu wajar melupakan dendam mereka selama bertahun-tahun kepada BN.

Nik Abduh Buat Kejutan Terbesar.  Bagaimanapun beliau mengakui langkah tersebut bukanlah sesuatu yang mudah terutama buat presiden mereka, Abdul Hadi Awang.

"Walaupun dia sedih, apabila Umno kalah (dan) pemimpin Umno datang minta maaf pada dia, dia orang pertama yang berbaik dengan Umno," katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin di Dataran Felda Sungai Koyan 1 malam tadi.

PRK Cameron Highlands bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara calon BN Ramli Mohd Nor, M Managoran dari PH, serta dua calon bebas, Salehuddin Abd Talib dan Wong Seng Yee.

Nik Abduh Buat Kejutan Terbesar


Seperti beberapa PRK lalu, PAS memberi laluan kepada Umno meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi Cameron Higlands yang sebelum ini diwakili MIC.

Untuk rekod pada PRU ke-14 lalu PAS turut meletakkan calonnya di kerusi berkenaan.

Kata Nik Abduh penyokong PAS wajar melupakan dendam dan kemarahan mereka kepada Umno serta BN untuk bersama-sama menghadapi kerajaan PH yang dianggapnya "teruk".

"Di hadapan kita adalah kerajaan yang (lebih) teruk dari BN.

"Kita perlu belajar macam mana nak buka minda kita sama seperti pemimpin kita yang membuka minda mereka. Kita tak buat macam ni sebab mahukan Putrajaya.

Nik Abduh Buat Kejutan Terbesar


"Tapi kerana kita mahukan suasana baru dalam politik Malaysia. Kita mahukan PAS dan Umno berjaya, untuk bersatu atas nama agama dan negara untuk ambil semula Putrajaya yang dirosakkan oleh kerajaan PH," katanya.

Beliau berkata demikian sambil memberi contoh video yang tular di media sosial menunjukkan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan aktivis masyarakat Siti Kassim menari dalam satu upacara makan malam.

Kata Nik Abduh seseorang hakim tak boleh menari di khalayak ramai kerana melanggar tatasusila jawatan yang sangat dihormati ramai.

Nik Abduh Buat Kejutan Terbesar. "Umno pun tak buat seperti ni. Kalau Umno digantikan dengan kerajaan yang lebih elok, kita boleh terima. Tapi kerajaan ni lagi teruk dari Umno," katanya dalam loghat Kelantan.  - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image

Image



2 comments:

  1. Dengarlah cakap salah seorg penyokong utama UG sejak azali dan kaki pembohong besar(rakaman ana tahu...)

    ReplyDelete
  2. Kan Ag & ktua hakim tu hadir dlm mjlis tertutup utk gang mrk saja

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan