Monday, 28 January 2019

Berita Mengejutkan BERSATU Melaka

Berita Mengejutkan BERSATU Melaka. Bersatu Melaka hari ini menyangkal laporan yang menyatakan pengerusi negeri Mohd Redzuan Yusof berdepan undi tidak percaya ketika mesyuaratnya Jumaat lalu.

Setiausaha Bersatu negeri Melaka Zamzuri Arifin berkata laporan yang memetik sumber parti itu berniat jahat terhadap Redzuan yang lebih dikenali sebagai Pak Wan.

Berita Mengejutkan BERSATU Melaka. "Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk 'Ketua bahagian Bersatu Melaka undi tak percaya pada menteri' berunsur fitnah oleh sumber-sumber yang berniat jahat.

“Perlu ditegaskan apa yang dilakukan oleh sumber sebagai undi tidak percaya terhadap Pak Wan adalah tidak mengikut peraturan," katanya dalam satu sidang media, sebentar tadi.

"Oleh itu, ia tidak berlaku. Hakikatnya, majoriti ahli mesyuarat itu menyokong Pak Wan," tambahnya beliau.

Sidang media dukung Pak Wan di Melaka hari ini.
Terdahulu, dilaporkan bahawa Redzuan yang juga merupakan menteri pembangunan usahawan mendapat tekanan memuncak selepas mendapat undi tidak percaya, sebulat suara.

Berita Mengejutkan BERSATU Melaka


Malaysiakini sebelum ini difahamkan pihak yang tidak berpuas hati dalam Bersatu Melaka sedang mendesak exco kerajaan negeri Mohd Rafiq Naizamohideen menjadi pengerusi baru menggantikan Redzuan.

Dipercayai rasa tidak puas hati itu berpunca daripada kemarahan terhadap keputusan Redzuan untuk memecat bekas datuk bandar Kuala Lumpur Ruslin Hasan sebagai penyelaras DUN Ayer Limau serta tindakan menggugurkan Nazri Ramli sebagai timbalan pengerusi Bersatu Masjid Tanah.

Bagaimanapun, Redzuan menyangkal dakwaan beliau bercita-cita memegang kedudukan tertinggi parti itu.

 Sementara itu, Zamzuri berkata laporan itu merupakan kesinambungan percubaan oleh beberapa pemimpin Bersatu Melaka dan penyokongnya untuk mencalarkan kepimpinan Pak Wan.

"Kehadiran kami pada hari ini adalah bertujuan untuk menunjukkan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Pak Wan yang merupakan pengasas dan orang yang mula-mula menggerakkan Bersatu di Melaka."

Berita Mengejutkan BERSATU Melaka


"Mereka yang menentang kepimpinan Pak Wan, dalam badan pimpinan negeri, kerap tidak hadir ke mesyuarat melebihi tiga kali berturut-turut tanpa sebab. Ini merupakan pelanggaran disiplin yang serius," jelasnya.

"Kami berharap pucuk pimpinan Bersatu peringkat nasional, mengambil tindakan segera dengan bertindak tegas menukar mereka demi kelangsungan parti Bersatu di Melaka," tambah ketua bahagian Bersatu Alor Gajah.

Berita Mengejutkan BERSATU Melaka. Terdahulu, ahli-ahli Bersatu yang menghadiri ke sidang media tersebut melaungkan “Hidup Pak Wan” sebanyak tiga kali sebagai tanda sokongan. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image

Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan