Thursday, 31 January 2019

Berita Gembira Dalam Inkues Adib?

Berita Gembira Dalam Inkues Adib? Mahkamah Koroner hari ini menolak permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman dan kira-kira 50 penganut Hindu untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menurut koroner, Rofiah Mohamad, ini memandangkan kedua-dua pihak tersebut tidak mempunyai kepentingan yang nyata, substansif dan munasabah  dalam inkues tersebut.

Berita Gembira Dalam Inkues Adib?  Rofiah berkata klausa tersebut juga tersasar daripada terma Seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah.

"Pihak tersebut tidak mempunyai kepentingan yang nyata, substantif dan munasabah.

"Selaku koroner, saya tidak boleh keluar daripada sempadan yang digariskan dalam 377," katanya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Peguam Siti Zabedah Kassim hari ini mewakili sebahagian penganut Hindu di situ dan peguam M Visvanathan mewakili Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman.

"Pasukan petugas (jawatankuasa kuil) tiada kepentingan, (justeru) permohonan ditolak.

Berita Gembira Dalam Inkues Adib? 


"Begitu juga sebagai penganut yang tidak diketahui identiti juga tidak menunjukkan kepentingan untuk mengikut sama dalam inkues," kata Rofiah.

Peguam kedua-dua pihak memutuskan untuk mengemukakan semakan kehakiman kepada mahkamah tinggi, esok.

Terdahulu, koroner turut membenarkan peguam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Mansor Saat menjadi peguam pemerhati dalam prosiding itu.

Perbicaraan ditetapkan selama 44 hari bermula 11 Februari sehingga 12 April depan.

Muhammad Adib, 24, yang adalah anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.

Berita Gembira Dalam Inkues Adib? 


Allahyarham didakwa cedera selepas diserang sekumpulan individu yang merusuh di kawasan kuil berkenaan dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis tahun lalu, selepas 21 hari dirawat.

Seorang ahli patologi menjalankan bedah siasat ke atas jenazah Muhammad Adib tetapi Menteri Dalam Negeri Muhyiddn Yassin - pada 27 Dis tahun lalu - mengumumkan bahawa suatu inkues akan diadakan bagi mengenal pasti kematian anggota JBPM itu. - malaysiakini




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan