Wednesday, 12 December 2018

Menteri Besar Paling Sempoi

Menteri Besar Paling Sempoi. Berstatus menteri besar namun tidak banyak protokol yang diamalkan.

Pada ketika tertentu dia spontan menyanyi di depan orang ramai. Dan baru-baru ini Ahmad Faizal Azumu 'berlakon' dalam filem Buntat arahan Sabri Yunus. 

Biarpun kadang-kadang dipersenda, menteri besar itu kelihatan tidak peduli.

Menteri Besar Paling Sempoi.  “Saya fikir, selagi saya tak merompak dan mencuri, saya ingat tak ada hal," katanya.

Menurut pemimpin Bersatu Perak itu, beliau tidak mahu tampil sebagai hipokrit, sebaliknya selesa menjadi dirinya sendiri.

Selain itu kata anggota dewan undangan negeri (Adun) Chenderiang berkenaan sikap santai dan terbuka itu akan lebih memudahkan orang ramai menegur dia jika dia melakukan kesalahan.

“Kalau kamu nampak saya buat salah, senang kamu nak tegur tak payah susah-susah tulis surat, boleh beritahu saja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama Malaysiakini kelmarin.

Cuma 5 saat

Menteri Besar Paling Sempoi


Ahmad Faizal sememangnya dikenali sebagai menteri besar 'sempoi’ yang tidak terlalu mementingkan protokol.

Malah ketika singgah di Malaysiakini beliau masih berwajah ceria biarpun beberapa hari sebelumnya dibayangi dakwaan ada komplot untuk menggulingkannya.

Sikap santai Ahmad Faizal beberapa kali dirakam kamera. Antaranya aksi beliau menyanyi lagu Kau Ilhamku nyanyian asal Man Bai tular di media sosial dua bulan lalu.

Tersenyum apabila soalan itu dibangkitkan, Ahmad Faizal menjelaskan yang beliau hanya melakukan cameo dan bukannya memegang watak penting dalam filem tersebut.

Cameo ialah kemunculan beberapa saat oleh seseorang yang terkenal dalam sesebuah naskhah seni.

“Kawan saya mahu buat pengambaran 100 peratus di Perak. Dia minta saya buat penampilan cameo, bukannya berlakon betul-betul, tak ada kontrak.

“Pengambaran (melibatkan saya) tak sampai sepuluh minit pun, kalau termasuk bersembang dengan kawan-kawan dan kru, tak sampai sejam. Esok keluar filem tu, saya ingat tak sampai 5 saat saja.

Menteri Besar Paling Sempoi


“Dan dialognya, saya pegang watak utama dan saya kata: belajar ya. Itu mesej yang baik daripada seorang menteri besar. Saya rasa tak salah,” katanya lagi.

Tambah Ahmad Faizal, asalkan beliau tidak melakukan perkara ‘bukan-bukan’, beliau berasakan tindakannya itu tidak perlu diperbesarkan.


“Pendirian saya, apabila mentadbir, jangan merompak, jangan mencuri. Cuba jadi seorang yang jujur dan ikhlas.

Menteri Besar Paling Sempoi.  “I like to take it easy,” katanya lagi. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

1 comment:

  1. Menteri Besor negeri teman tu......kejor yop kejor.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan