Keluarga VIP Terkejut Anak Ditahan SPRM. Adik kepada Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Abdul Mutalif terkejut anak abangnya ditahan Suruhanjaya Penegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengatakan dia tak tahu tentang tangkapan yang berlaku kurang 2 jam selepas Azeez dibebaskan.
“Saya tidak tahu. Siapa? Bila? Mereka nak apa lagi? Saya kena buat semakan dahulu,” kata Ketua Umno Petaling Jaya itu kepada FMT dalam nada terkejut.
Keluarga VIP Terkejut Anak Ditahan SPRM. Mutalif dihubungi untuk mengesahkan laporan media yang melaporkan anak lelaki Azeez berusia 24 tahun ditahan pada 12.00 tengah hari tadi selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya hari ini.
Media tidak menamakan lelaki itu tetapi dia ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek bernilai jutaan ringgit.
Pada 25 September lalu, Azeez, abangnya serta sepupu mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sama. Azeez dan abangnya dibebaskan daripada tahanan reman 1 hari hari ini.
Keluarga VIP Terkejut Anak Ditahan SPRM
Peguam mereka, Datuk K Kumaraendran berkata anak guamnya dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan 2 penjamin. - free malaysia today
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..