Thursday, 27 September 2018

Lagi Pemimpin Umno Sertai AMANAH?

Lagi Pemimpin Umno Sertai AMANAH?Amanah kini dalam usaha “merisik” bekas pimpinan Umno yang keluar parti untuk menyertai mereka selepas ini.

Timbalan Presidennya Datuk Salahuddin Ayub berkata, Amanah telah berjumpa pemimpin tersebut, namun ia tidak dibuat secara rasmi.

“Setakat ini kita sedang merisik-risik, berjumpa-jumpa begitulah.

Lagi Pemimpin Umno Sertai AMANAH? “Tiada masalah kalau pemimpin Umno nak masuk ke dalam Amanah kerana kita amal dasar terbuka, jadi kita terima,” katanya kepada FMT.

Pengerusi Amanah Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata semalam, parti itu sedia menerima bekas pemimpin Umno, tetapi mereka perlu menunjukkan “keikhlasan”.

Tiga pemimpin Umno meninggalkan parti itu dalam tempoh seminggu dan Umno kini hanya mempunyai 49 kerusi Parlimen, selepas 5 Ahli Parlimennya keluar parti sejak pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan Umno pada 18 September lalu, diikuti Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman keesokannya dan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, mengambil tindakan sama Isnin lalu.

Lagi Pemimpin Umno Sertai AMANAH?


Salahuddin dalam pada itu memberitahu, Amanah juga ada menerima permohonan daripada bekas pimpinan Umno untuk menyertai parti itu.

“Kita ada menerima permohonan, tapi mereka belum datang secara rasmi lagi, kita lihat perkembangannya dahulu.

“Tapi kami akan putuskan dalam mesyuarat akan datang,” katanya lagi.

Selain Amanah, PPBM juga membuka pintu untuk menerima ahli Umno menyertai parti itu.

PPBM sebelum ini mengangkat moratorium ke atas penerimaan ahli daripada parti lawan. Moratium itu dikenakan 2 bulan selepas pengerusinya Tun Dr Mahathir berkata PPBM akan menerima bekas ahli Umno dengan syarat mereka menjadi ahli bebas terlebih dahulu.

Lagi Pemimpin Umno Sertai AMANAH?


Terbaru, bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan telah menghantar borang permohonan keahlian PPBM selepas keluar Umno. - free malaysia today





    
Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





;
Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Very descriptive article, I loved that a lot. Will there be a part 2?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan