Pendedahan Mengejutkan Mat Sabu. Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini berkongsi pengalamannya ketika melawat kapal layar mewah Equanimity di Pelabuhan Klang.
Kapal layar itu diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia kepada Malaysia kerana didakwa dibeli dari hasil penyelewengan dana 1MDB yang melibatkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.
"Ada lif dalam tu, empat tingkat. Ada tempat mandi jakuzi, sauna, dan tempat urut.
"Kemudian ada ruang tempat makan yang besar. Di bilik tidur, ada boleh picit suis, bumbung boleh buka, nampak bulan dan bintang waktu malam," katanya pada hadirin Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha BERSATU di Tapak Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.
Kata-kata Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu disambut dengan reaksi terkejut hadirin.
Pendedahan Mengejutkan Mat Sabu
Mohamad juga menyorot bahawa kapal layar mewah itu kini akan dilelong selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah.
"Tak tau siapa nak beli. (Anggota Parlimen Klang) Charles Santiago boleh beli kot, bawah keluarga bersiar-siar," katanya berjenaka.
Dalam ucapannya itu, Mohamad mengakui bahawa kebanyakan menteri HARAPAN tidak mempunyai banyak pengalaman dan akur dengan teguran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan mereka masih bersikap seperti pembangkang.
Pendedahan Mengejutkan Mat Sabu. "Sebab kita pembangkang 40 tahun, jadi kerajaan rasa pelik."Tapi kita belajar cepat, kerja kuat, kita yakin Malaysia akan kembali gemilang dan cemerlang tak lama lagi," katanya. - malaysiakini
Iklan
akan menyusul lebig banyak lagi.......
ReplyDelete