Punca Reputasi PKR Jahanam? Pemimpin kanan PKR mendesak kepimpinan di Selangor menyiasat dakwaan kronisme dan nepotisme di dalam parti kerana ia berpotensi untuk menjejaskan reputasi kerajaan negeri.
MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata walaupun beliau tiada maklumat mengenai dakwaan yang dibuat pemimpin AMK Selangor yang meletak jawatan daripada parti itu, namun terdapat asas bagi kepimpinan negeri untuk menyiasat perkara berkenaan.
"Ia melibatkan bukan sahaja masalah imej tapi mungkin juga salah laku kewangan dan sebagainya," kata Johari kepada pemberita selepas suatu majlis di Ampang yang mengumumkan pasukan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR akan datang ini.
Johari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Syed Badli Shah Syed Osman dan Ketua AMK Sabak Bernam Abdul Mutalib Ahmad kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kepimpinan negeri.
Punca Reputasi PKR Jahanam?
Semalam, Mutalib, menyatakan kekesalan kerana mendakwa tiada seorang pun belia dari Sabak Bernam dilantik sebagai ahli majlis tempatan dan mendakwa "taktik kotor dan kronisme telah menjadi kanser di parti" dan oleh itu memutuskan untuk meletak jawatan daripada PKR.
Terdahulu semasa majlis itu, Johari diumumkan Rafizi sebagai pesaing untuk jawatan naib presiden PKR. - malaysiakini
Iklan
I don't even know how I ended up here, but I thought this post was great.
ReplyDeleteI don't know who you are but definitely you are
going to a famous blogger if you aren't already ;) Cheers!
dalam PKR SG KANDIS juga sedang bergolak.... yg dulunya KOTA RAJA
ReplyDeletesiap ada yg keluar parti dah...... tak terkejut knp jadi mcm tu
bila menjaga krooni sangat... TQ TPM
aku yg bejuang dari zaman DSAI masuk penjara
ReplyDeleterasa menyesal bila penghujungnya sama
kroni & kaki kipas yg dapat jawatan... tahniah PKR
teruskan melungkup sudahnya mcm BN
Kita undi ph krn harapkan ahli politik ph bersih drp korupsi dan salahguna kuasa. Jk ada terbukti yg perangai mcm umno/bn kita mesti singkirkan segera, tak kira siapa
ReplyDelete