Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan. Wan Saiful Wan Jan mendedahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak tahu cara melaksanakan pelan menangguhkan bayaran pinjaman pendidikan yang dijanjikan Pakatan Harapan tanpa data gaji peminjam.
Oleh itu pengerusi PTPTN ini meminta 1.3 juta peminjam mengemaskini data pendapatan masing-masing dangan badan itu.
“Selagi kita tak ada data itu kita tak tahu macam mana cara nak laksana penangguhan bayaran itu,” tambahnya.
PH dalam manifesto pilihan raya 9 Mei lepas berjanji menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN sehingga peminjam berkenaan mendapat gaji bulanan RM4,000 ke atas.
Wan Saiful berkata peminjam mempunyai masa sehingga 25 Julai ini untuk mengemaskini maklumat masing-masing.
Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan
“Jangan letak RM2,000 tapi gaji sebenar RM12,000 sebab nanti bila kita buat audit kita akan minta hantar maklumat,” katanya.
Sementara itu, Wan Saiful memberitahu orang ramai Pakatan Harapan masih mempunyai masa untuk menunaikan janji berkenaan pembayaran semula pinjaman PTPTN.
Beliau berkata, PH masih ada 30 hari lagi sebelum genap 100 hari pemerintahan PH pada 17 Ogos ini.
Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan. Wan Saiful dilantik pengerusi berkuatkuasa 18 Jun lepas. - free malaysia today
Iklan
baguslah apa yg PH cadangkan bawah 4000 PTPTN ditangguhkan...
ReplyDeletemaka secara langsung mereka2 ini yg nak tangguhkan pemnayaran kena update data
sapa yg tak update terus kena bayar macam biasa...
so nak taknak kena bg payslip... takpun.... senarai nama tu boleh buat link dgn incometax dept..... gov dgn gov takkan xleh bekerjasama kot????
when there is a will there is a way
tahniah yg penting manifesto sudah dimulakan
ReplyDeletetk semesti dlm 100 hari malaysia sudah jadi syurga