PKR Di Bidas. PKR mengubah lokasi pertemuan khas Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin parti itu pada Rabu ini selepas mendapat kritikan beberapa pihak.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) memutuskan menukar lokasi itu dari Sri Satria, kediaman rasmi timbalan perdana menteri ke Hotel One World di Bandar Utama.
PKR Di Bidas. “Terima kasih atas kebimbangan yang dibangkitkan. Keprihatinan di antara tugas presiden parti dan pejabat timbalan perdana menteri diambil perhatian.
“JPRP sudah menetapkan pertemuan khas pada Rabu ini akan diadakan di Hotel One World,” katanya dalam Twitternya hari ini.
Dalam surat bertarikh 31 Mei yang dilihat FMT, pertemuan itu pada asalnya dijadualkan berlangsung di Sri Satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 3.30 petang Rabu ini.
PKR Di Bidas
Seorang adun PKR Selangor yang enggan mendedahkan namanya mengesahkan menerima surat itu, tetapi tidak tahu tujuan pertemuan khas itu diadakan.
Surat yang ditandatangani Izzah memaklumkan kehadiran adalah wajib.
PKR Di Bidas. Surat itu turut menyatakan PKR mempunyai ahli Parlimen paling ramai dalam Pakatan Harapan (PH), iaitu 49 orang atau 42% dalam gabungan 4 parti itu. - free malaysia today
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..