Najib Di Soal Siasat Lagi. Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir untuk meneruskan sesi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada masa sama seorang lagi saksi penting kemelut 1MDB sedang disoal siasat di bangunan sama.
Najib hadir pada 9.45 pagi, kira-kira 40 minit selepas ketibaan Xavier Justo yang pernah dipenjarakan di Thailand kerana membocor maklumat berkenaan salah laku bekas syarikatnya Petro-Saudi International dengan 1MDB.
Selasa lalu, Najib disiasat selama lebih 4 jam, di mana beliau berkata pelbagai dokumen dan maklumat lebih terperinci dibekalkan berkenaan wang RM42 juta yang diterimanya dan dikaitkan dengan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Najib Di Soal Siasat Lagi
Ia di sebalik pemeriksaan besar-besaran polis terhadap beberapa kediaman Najib dan anggota keluarganya, sehingga membawa kepada rampasan tunai dan barangan mewah dipercayai bernilai ratusan juta ringgit. - free malaysia today
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..