Anwar Ibrahim Dibebaskan. Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menitahkan perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan dan diberikan pembebasan serta-merata.
Anwar Ibrahim Dibebaskan. "Pengampunan Penuh Anwar dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta kepada beliau berkuatkuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Anwar Ibrahim Dibebaskan
"Rayuan Pengampunan penuh Anwar telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke 51 pada 16 Mei 2018," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - sinar
Iklan
No comments:
Post a comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..