Thursday, 5 April 2018

Polis Sudah Bagi Amaran Sempena PRU14

Polis Sudah Bagi Amaran Sempena PRU14. Polis kenal pasti beberapa individu yang berkemungkinan akan mencetuskan kekecohan di negeri ini di saat-saat akhir pada PRU 14.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, polis bekerjasama dengan Jabatan Cawangan Khas bagi memantau individu terbabit agar tidak melakukan perkara tersebut.

"Kita dapati jika di negeri ini, individu terlibat hanya 'bergerak' secara solo, bukan berkumpulan dan mereka ini tidak terlalu agresif bertindak.

Polis Sudah Bagi Amaran Sempena PRU14. "Bagaimanapun, pemantauan secara berterusan dilakukan kerana individu ini boleh melancarkan 'serangan mengejut pada saat-saat akhir' untuk mengganggu perjalanan PRU14 nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, polis juga sudah mengenalpasti beberapa kawasan panas di negeri ini yang dijangka boleh berlaku sebarang kemungkinan tidak diingini.

"Buat masa sekarang, kita terpaksa merahsiakan dahulu kawasan panas yang sudah dikenalpasti demi menjaga semua pihak.

Polis Sudah Bagi Amaran Sempena PRU14


"Pemantauan yang lebih akan dilakukan di lokasi tersebut berbanding lokasi lain kerana risiko keselamatannya lebih tinggi," katanya. - sinar harian






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan