Persempadanan Semula SPR Dicabar Di Mahkamah Lagi. Tujuh pengundi dari Melaka memfailkan permohonan baru untuk membatalkan laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diluluskan Parlimen dan diwartakan bulan lepas.
Dalam semakan kehakiman yang difailkan 7 April lalu, pengundi di kawasan Parlimen Kota Melaka itu mendakwa persempadanan semula itu melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana mewujudkan kawasan Parlimen “terlalu besar” yang menyebabkan salah pembahagian.
Persempadanan Semula SPR Dicabar Di Mahkamah Lagi. Mereka berkata, SPR menyiapkan laporan akhir itu tanpa mendengar bantahan 107 rakyat yang mewakili lebih 10,000 pengundi berdaftar di Selangor, terhadap persempadanan semula yang dilakukan di negeri itu baru-baru ini.
“Ia terlalu awal untuk menyerahkan laporan itu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), sedangkan persempadanan semula belum siap,” dakwa mereka.
Tujuh pengundi itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah laporan persempadanan semula itu tidak berperlembagaan.
Mahkamah Tinggi Melaka akan mendengar permohonan mereka untuk mendapat kebenaran mencabar SPR esok.
Tujuh pengundi itu adalah Chan Tsu Chong, Neo Lih Xin, Azura Talib, Lim Kah Seng, Norhizam Hassan Baktee, Amir Khairudin dan Amran Atan.
Persempadanan Semula SPR Dicabar Di Mahkamah Lagi
April tahun lalu, mereka pernah mencabar SPR berhubung cadangan persempadanan semula ketika itu.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan SPR terhadap perintah mahkamah lebih rendah, menolak permohonan kebenaran 7 individu itu untuk memulakan semakan kehakiman terhadap SPR.
Mahkamah Persekutuan kemudian mengekalkan keputusan itu Februari lalu.
Laporan itu diserahkan kepada Najib pada 9 Mac lalu untuk dibentangkan di Parlimen.
Dewan Rakyat meluluskannya pada 28 Mac lalu, selepas perbahasan separuh hari, dengan 129 ahli Parlimen menyokong kajian persempadanan semula itu.
Persempadanan Semula SPR Dicabar Di Mahkamah Lagi
Laporan itu diwartakan dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong keesokannya.
Kota Melaka dimenangi wakil veteran DAP, Sim Tong Him pada 2013. Beliau kemudiannya meninggalkan DAP pada Februari 2017 untuk menjadi ahli Parlimen bebas. - free malaysia today
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..