Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Selangor Keluar Parti. Pengarah Pilihanraya Amanah Selangor Jaafar Samsudin hari ini mengumumkan keluar dari parti berkuatkuasa serta-merta.
Dalam surat yang dinaikkan di Facebook, Jaafar memberi alasan ingin memberi tumpuan kepada keluarga.
“Saya dengan rasa rendah diri memohon berhenti menjadi ahli parti Amanah. Saya berhenti menjadi ahli kerana untuk memberi tumpuan dalam hal keluarga.
Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Selangor Keluar Parti. “Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memberi kepercayaan saya memegang beberapa jawatan seperti ketua kawasan Kota Raja, pengarah pilihan raya Selangor serta ahli jawatankuasa pilihan raya Amanah nasional,” kata Jaafar dalam surat yang diserahkan kepada Setiausaha Agung Anuar Tahir hari ini.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Khalid Samad mengesahkan perkara itu, dan berkata pemergian Jaafar kerugian besar buat Amanah.
“Beliau kawan saya sejak 20 tahun kami kenal. Keputusan itu satu kehilangan besar kepada parti.
Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Selangor Keluar Parti
Kita hormat keputusan beliau dan berterima kasih kerana telah memberi sumbangan kepada parti dan rakyat khusus di Kota Raja.
“Dekat pilihanraya banyak tekanan. Kita parti baru tidak boleh bertanding semua kerusi PAS tandingi. Mungkin dia kecewa kerana kami tidak mendapat lebih banyak kerusi,” katanya.
Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Selangor Keluar Parti. Jaafar menyertai PAS pada 1998 dan memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS Selangor dari 2002 hingga 2015, beliau kemudian meninggalkan parti Islam itu pada 2016 untuk menyertai Amanah. -free malaysia oday
Iklan
... kalau cepat keciwa begini tak payahlah masuk politik. lebih baik keluar dari parti. parti tak rugi pun. parti amanah masih baru dan belum diuji. sabarlah. dapat 10 kerusi kat selangor pun harus bersyukur. bersatu hanya dapat 9. penentu menang kalah PH di selangor bergantung besar pada PKR dan DAP. jadi strategi PH memberi 21 kerusi pada PKR dan 16 kerusi pada DAP memang bijak. sangat bijak. Kedua-dua parti ini sudahpun terbukit (tested) dan boleh menang. amanah dan bersatu kenalah bersabar. biar PH menang dulu.....
ReplyDelete