Monday, 16 April 2018

Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin?

Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin? Pengkritik sosial ternama Chandra Muzaffar berkata “malang” sekali pembangkang juga memberi sumbangan kepada rakyat sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan menyifatkan budaya “sumbangan” kini menjadi lebih tersusun dan terrsebar.

Beliau berkata demikian selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan mengagihkan wang tunai dan gajet bernilai RM2.24 juta kepada pengundi di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.

Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin? Timbalan presiden PKR itu berkata ia sebahagian daripada tanggungjawab sebagai menteri besar sementara.

Chandra, yang pernah menjadi timbalan presiden Parti Keadilan Nasional, berkata beliau tidak ingat sama ada perkara sebegitu pernah berlaku semasa beliau di pihak politik pembangkang.

“Kita peka terhadap perkara ini dan umumnya memastikan calon kita pada masa itu tidak melakukannya.

“Sepatutnya rakyat perlu menolak hadiah sedemikian, tetapi saya tidak pasti jika orang ramai akan menolak pemberian komputer riba. Dalam memperjuangkan integriti dan menjamin kejujuran, parti politik mesti mematuhi piawaian etika.”

Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin?


Pemangku Pengerusi Bersih Shahrul Amam Saari berkata, Azmin tidak sepatutnya mencontohi amalan Barisan Nasional (BN) memberi “sumbangan” begitu hampir dengan pilihan raya.

“Bagi mereka yang mahukan perubahan, ini bukan teladan yang baik. Budaya apakah yang mahu kita pupuk jika semua orang melakukannya.”

Bekas pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, semua parti, sama ada BN atau PH tidak seharusnya meninggalkan prinsip pilihan raya yang bersih dan adil bagi membawa perubahan.

Maria yang akan bertanding atas tiket PKR berkata, adalah penting bagi pertubuhan awam seperti Bersih memantau penggunaan jentera kerajaan pusat dan negeri supaya sumber kerajaan tidak digunakan untuk tujuan yang menguntungkan kepentingan kerajaan sementara.

“Peranan kerajaan sementara mestilah dijelaskan. Sebagai kerajaan sementara, sama ada persekutuan atau negeri, semua kemungkinan bantahan berhubung penggunaan jawatan rasmi untuk tujuan kempen pilihan raya mestilah ditiadakan,” katanya.

Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah kebangsaan (SPRM) menjelaskan pendirian dalam isu ini.

Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin?


Presiden Datuk Akhbar Satar berkata kedua-dua belah pihak memberi “sumbangan” dan jika ia merupakan kesalahan pilihan raya, SPRM hendaklah menguatkuasakan undang-undang.

Bekas pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, parti politik tidak harus mendorong atau mempengaruhi pengundi dengan memberi hadiah kerana ia ancaman terhadap pilihan raya yang bersih dan adil. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan