Saturday, 7 April 2018

BN Selangor Pasti Gerun Dengar Berita Ini

BN Selangor Pasti Gerun Dengar Berita Ini. Pembubaran sementara PPBM tidak menjejaskan agihan kerusi di Selangor, kata Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim.

Izham berkata kerusi yang diberi kepada PPBM juga masih milik parti itu. “Kita iktiraf semua kerusi dia. Isu pendaftaran parti itu isu politik,” katanya.

BN Selangor Pasti Gerun Dengar Berita Ini. Kelmarin, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengeluarkan perintah pembubaran sementara kepada PPBM dengan memberi 30 hari untuk melengkapkan butiran diperlukan atau berdepan pembubaran secara mutlak.

Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim berkata pembubaran sementara itu disebabkan kegagalan PPBM menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta menerusi notis statutori di bawah Seksyen 14 (2) yang dikeluarkan kepada parti itu pada 28 Februari lalu, merujuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

BN Selangor Pasti Gerun Dengar Berita Ini


Ia susulan aduan ahli parti itu mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada Disember lalu.

Perintah dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 dan PPBM tidak dibenarkan menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara itu.

Mengenai 6 kerusi DUN yang gagal diselesaikan Pakatan Harapan Selangor, Izham berkata kerusi yang menjadi pertikaian kini di tangan PH pusat.

“Mereka sedang mencari jalan penyelesaian,” katanya. Beliau menjangkakan ia akan selesai dalam masa 2 hari ini.

Izham turut mendedahkan kemungkinan berlakunya penukaran 2 buah kerusi DUN antara PKR dan DAP berikutan pengumuman persempadanan semula baru-baru ini.

BN Selangor Pasti Gerun Dengar Berita Ini


Pada 16 Mac lalu, Izham berkata Amanah Selangor memperoleh 9 kerusi dalam rundingan agihan kerusi DUN Selangor dan mahu mendapatkan 3 kerusi lagi, iaitu Seri Serdang, Lembah Jaya dan Sungai Burong.

Izham mendedahkan PPBM memperoleh 7 kerusi iaitu Sungai Air Tawar, Batang Kali, Jeram, Gombak Setia, Tanjong Sepat, Sijangkang dan Selat Klang.

Kerusi yang masih belum selesai ialah Lembah Jaya, Seri Serdang, Sungai Burung, Sungai Panjang, Kota Damansara dengan Dusun Tua. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan