Laporan Persempadanan Semula Bakal Kecohkan Parlimen. Parlimen bakal hangat - di dalam dan di luar Dewan hari ini, ketika kerajaan bersiap sedia untuk membentang, membahas dan meluluskan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat pada pukul 11.30 pagi ini.
Laporan Persempadanan Semula Bakal Kecohkan Parlimen. Di luar kawasan Parlimen, kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH menggerakkan bantahan terhadap laporan SPR itu, yang didakwanya memberikan kelebihan kepada kerajaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Peserta bantahan BERSIH itu akan berkumpul di Tugu Negara pada pukul 8 pagi, dan telah berikrar untuk membuat antahan sehingga perbahasan berakhir.
Bagaimanapun, mereka tidak akan bersendirian - kerana Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos telah berikrar untuk mengadakan bantahan balas dengan gerakan Baju Merahnya.
Polis tidak meluluskan kedua-dua bantahan itu, dan akan ditempatkan di luar Parlimen untuk mengekalkan ketenteraman.
Laporan Persempadanan Semula Bakal Kecohkan Parlimen
Pada jam 8 pagi, di Persiaran Sultan Salahuddin, kira-kira 100 penyokong BERSIH berkumpul di jalan yang menuju dari Jalan Parlimen ke Tugu Negara, kebanyakannya berpakaian baju T-shirt kuning BERSIH.
Maria Chin Abdullah yang melepaskan jawatan pengerusi BERSIH baru-baru ini adalah di antara mereka, dan ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengannya.
Penyokong BERSIH yang lain juga dilihat di sekitar Pandang Merbok dan menuju ke Tugu Negara atau bersarapan di gerai berhampiran ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman.
Polis menyekat laluan memasuki Persiaran Sultan Salahuddin sejak jam 7 pagi, tetapi penyokong BERSIH yang berjalan kaki masih dibenarkan melaluinya.
Laporan Persempadanan Semula Bakal Kecohkan Parlimen
Pada jam 8.15 pagi di jalan utama ke Parlimen, polis telah menyekat satu lorong di jalan utama ke Dewan Parlimen bagi kedua-dua arah sejak kira-kira pukul 7 pagi.
Anggota polis memeriksa kenderaan satu demi satu untuk memastikan tiada orang luar masuk ke Parlimen.
Laporan Persempadanan Semula Bakal Kecohkan Parlimen. Terdapat beberapa penyokong BERSIH yang duduk di tepi jalan, kira-kira 400 meter dari pintu pagar Parlimen. - malaysiakini
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..