Monday, 12 March 2018

Bekas PM Kena Baling Kasut

Bekas PM Kena Baling Kasut. Seorang pelajar bertindak membaling kasut ke arah bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, semalam.

Sharif yang disingkirkan pada tahun lalu atas tuduhan rasuah turut terkejut apabila kasut itu mengenai tepat pada bahunya ketika beliau sedang berucap di seminari di Lahore.

Perbuatan tersebut yang disifatkan sebagai penghinaan utama di negara itu turut dirakamkan secara langsung oleh saluran TV tempatan.

Bekas PM Kena Baling Kasut. Pelaku kemudiannya melompat ke atas pentas dan mula melaungkan slogan sebelum dia ditangkap oleh orang ramai dan diserahkan kepada polis.

Pemimpin parti pembangkang, Tehreek-e-Insaf, Imran Khan yang juga pengkritik Sharif bagaimanapun mengutuk insiden itu.


Bekas PM Kena Baling Kasut


"Ini bukan cara yang betul untuk menyatakan pendapat anda. Saya mengecam sesiapa saja yang melakukannya," katanya.

Bekas PM Kena Baling Kasut. Difahamkan, kejadian itu berlaku sehari selepas seorang individu melemparkan dakwat ke arah Menteri Luar, Khawaja Muhammad Asif yang merupakan pembantu rapat Sharif ketika beliau sedang berucap di perhimpunan parti di timur Pakistan. - press tv




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan