Ustaz Zamri Mantop Lawan Noh Omar Di Tanjung Karang. Tanjong Karang merupakan kubu kuat Tan Sri Noh Omar, pengerusi Umno Selangor yang kini mendepani usaha 10 tahun Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali negeri itu, selepas kekalahan pada 2008.
Noh bukan calang-calang pemimpin. Ketika “tsunami politik” 2008 yang menyaksikan kekuatan pembangkang di Lembah Klang, Noh berjaya mempertahankan kerusi Parlimen itu, walaupun ditentang orang kuat PAS ketika itu, Hanipa Maidin.
Ustaz Zamri Mantop Lawan Noh Omar Di Tanjung Karang. Salah sebuah kerusi negeri di Tanjong Karang, Sungai Burong, pernah disandang calon “selebriti” dari PAS, Dr Hasan Ali, setahun selepas pakar motivasi itu menyertai PAS di sebalik kehangatan gelombang reformasi pada 1998.
Noh kini merupakan wakil rakyat Tanjong Karang bagi 5 penggal berturut-turut.
Menyedari hakikat itu, PAS akan menurunkan Mohd Zamri Zainuldin, yang popular dengan panggilan “Ustaz Zamri”, hos televisyen yang satu ketika dulu pernah membintangi program agama TV9, “Mari Mengaji”.
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir, berkata PAS yakin Zamri boleh mengulangi pencapaian Hasan pada 1999.
“Zamri adalah seorang selebriti dan merupakan anak tempatan, bahkan di peringkat parti turut memegang jawatan di peringkat kanan.
“Kalau bercakap mengenai Tanjong Karang, impaknya itu ada di seluruh Selangor, dia (Zamri) mempunyai pengikut yang ramai,” kata Roslan kepada FMT.
Zamri merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, dan mengetuai PAS Tanjong Karang.
Ustaz Zamri Mantop Lawan Noh Omar Di Tanjung Karang
Lulusan agama dari Jordan dan Madinah, Zamri menjalankan perniagaan program motivasi menerusi syarikatnya sendiri. Guru bahasa Arab dan pakar tajwid ini juga pernah berkhidmat di Darul Quran, institusi kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Umno tak gentar ‘selebriti’
Pada pilihan raya umum lalu, Noh menewaskan calon PAS Mohamad Rashdi Deraman dan juga penyanyi dangdut Herman Tino yang bertanding sebagai calon bebas, dengan majoriti 4,394 undi.
Pada pilihan raya akan datang, Tanjong Karang buat pertama kali akan menyaksikan pertarungan 3 penjuru melibatkan parti politik, apabila PPBM juga dijangka meletakkan calonnya mewakili Pakatan Harapan, gabungan 4 parti yang tidak disertai PAS.
PPBM belum membuat keputusan siapa yang akan mencabar Noh di Tanjong Karang.
Bagaimanapun, parti itu percaya pertarungan kali ini lebih sengit.
“Kalau tengok pada 2008 dan 2013, pembangkang berikan tentangan hebat termasuk di Tanjong Karang, apatah lagi dengan adanya tambahan satu lagi parti iaitu PPBM. Ia akan menambahkan lagi kekuatan,” kata Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin, ketika dihubungi FMT.
Roslan menyifatkan Zamri pelaburan terbesar buat PAS. Menurutnya, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi menganggap Zamri sebagai “senior” PAS.
Ustaz Zamri Mantop Lawan Noh Omar Di Tanjung Karang
Tanjong Karang mempunyai seramai 42,333 pengundi secara keseluruhan, 72% daripadanya adalah pengundi Melayu, selebihnya Cina (17%) dan India (10%).
Kawasan ini juga terkenal sebagai periuk nasi Selangor, dengan kawasan jelapang padi terbesar di Malaysia selepas Kedah, di samping industri perikanan.
Bagi Umno Tanjong Karang, calon “selebriti” tidak menjadi ancaman.
Datuk Sulaiman Abdul Razak, wakil rakyat Umno di Permatang, sebuah lagi kerusi negeri di bawah Tanjong Karang, berkata partinya turut mengalu-alukan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding menentang Noh.
Menurut Sulaiman, selain Herman Tino, Umno pernah menewaskan calon terkenal seperti bekas yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Abdul Ghani Samsuddin.
Ustaz Zamri Mantop Lawan Noh Omar Di Tanjung Karang. “Sebenarnya rakyat bukan hendak memilih selebriti tetapi rakyat pilih orang yang boleh berkhidmat,” katanya. - free malaysia today
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..