Tuesday, 27 February 2018

Tamparan Hebat Buat Penyokong JDT

Tamparan Hebat Buat Penyokong JDT. Tidak cukup dengan pemergian ketua jurulatih, Ulisses Morais akibat masalah kesihatan keluarga, Johor Darul Ta'zim (JDT) digemparkan sekali lagi dengan berita pemergian penyerang importnya, Jorge Pereyra Diaz.

Berita itu telah disampaikan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards yang mengesahkan Diaz telah meninggalkan pasukan ketika berada di Singapura kelmarin dan telah menyampaikan niatnya mahu meninggalkan kelab.

Tamparan Hebat Buat Penyokong JDT. "Kami ingin memaklumkan kepada para penyokong bahawa pemain kami, Jorge Pereyra Diaz telah meninggalkan hotel penginapan pasukan pada 12.00 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.

"Ejen beliau telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab.

"Kelab telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan tersebut dan membiarkan beliau pergi," katanya di laman rasmi kelab.

Tambahnya lagi, JDT juga akan segera mencari pengganti Diaz untuk jendela perpindahan bulan Jun nanti.

Tamparan Hebat Buat Penyokong JDT


Dalam pada itu, ketua jurulatih sementara JDT, Raul Longhi turut memberikan kenyataan bahawa semua orang perlu menghormati polisi kelab memandangkan tiada siapa yang lebih besar daripada kelab.

"Saya mengambil tanggungjawab ini dengan positif walaupun sedih apabila Ulisses Morais telah tiada bersama kami. Tetapi bagaimanapun agenda dan polisi kelab harus diteruskan.

"Bukan sahaja untuk menjaga falsafah dan agenda Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), tetapi juga yang paling mustahak adalah polisi kelab JDT.

Tamparan Hebat Buat Penyokong JDT


"Saya harus mengingatkan yang semua pemain termasuk barisan staf menghormati polisi kelab, dan tiada orang lebih besar daripada kelab. Itu adalah keutamaan saya," katanya. - sinar harian





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan