Saturday, 24 February 2018

SPRM Bakal Terima Kejutan

SPRM Bakal Terima Kejutan. Bersatu memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk memberikan maklum balas berhubung tangkapan suspek pemberi dedak menerusi Operasi Banteras Dedak yang dijalankan parti itu pada 5 Februari lalu.

Peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, notis akhir telah diserahkan kepada pejabat SPRM hari ini, yang mana turut disertakan mengenai aduan pengadu serta makluman mengenai kerjasama Bersatu dalam operasi yang dijalankan.

SPRM Bakal Terima Kejutan. “Pada tarikh tersebut, tangkapan telah berjaya dibuat oleh pemantau operasi dan perkara itu telah dipanjangkan kepada pihak SPRM sekali gus menjadi tanggungjawab kepada agensi tersebut untuk maklumkan kepada orang ramai dari masa ke masa mengenai perkembangan tangkapan tersebut.

“Malangnya sehingga kini SPRM terus berdiam diri tanpa kami tahu apa puncanya,” katanya dalam sidang medianya di di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Haniff berkata, jika SPRM gagal menunaikan tuntutan ini, maka segala tindakan yang dibenarkan disisi undang-undang akan diambil oleh pengadu dan Bersatu jika perlu.

SPRM Bakal Terima Kejutan


"Tindakan tidak terhad kepada tindakan salah laku jawatan terhadap semua pegawai dan atau anggota SPRM yang terlibat dalam kes ini," katanya.

Katanya lagi, Bersatu ternyata kesal kerana SPRM sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam isu membanteras rasuah tidak menunjukkan minat positif terhadap perkara ini.

"Sedangkan daripada fakta yang ada tangkapan dibuat semasa wang dipindahkan daripada tangan suspek kepada pengadu. 

SPRM Bakal Terima Kejutan


"Pengiraan wang dilakukan oleh suspek dilakukan ditempat kejadian.Bagi Bersatu daripada segi undang-undang, kes ini jelas boleh dibawa ke mahkamah," katanya. - sinar harian





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan