Misi Mustahil PAS? Hasrat Pas menawan lima negeri pada PRU14 secara sendirian dilihat agak mustahil.
Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, parti Islam itu disarankan terus menumpukan perhatian untuk kekal memerintah Kelantan, berbanding membayangkan matlamat merampas kembali Terengganu, dan sasaran terbaru Perlis, selain Selangor dan Kedah.
"Lebih baik Pas berusaha pertahankan Kelantan daripada ancaman BN. Kita khuatir sekiranya Presiden Pas sibuk nak tawan lima negeri itu, kemungkinan Kelantan sendiri pun akan terjejas," katanya.
Misi Mustahil PAS? Kelmarin, media milik parti Islam itu menyiarkan, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap sempena majlis pelancaran markas Dun Bukit Payong di Marang, Terengganu, berkata, Pas berusaha mempertahankan Kelantan, berusaha untuk menang lagi di Terengganu, menang di Kedah, Perlis dan Selangor.
Md Shukri berkata, sudah tiba saatnya Abdul Hadi berhenti bercakap perkara di luar jangkauan.
Misi Mustahil PAS?
"Walaupun Perlis kecil tapi BN cukup kuat, begitu juga di Kedah sendiri. Rasanya sudah cukuplah untuk Abdul Hadi keluarkan kenyataan sebegitu, perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai tidak realistik, di luar jangkauan, takut nanti akan menjadi kecewa," katanya. - sinar harian
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..