Petanda Presiden MCA Bakal Kalah Di Bentong? Kebanyakan penduduk tempatan di Bentong, Pahang memuji wakil rakyat mereka yang juga Presiden MCA Liow Tiong Lai.
Liow, yang memegang kerusi Bentong sejak 1999 dipuji kerana beliau berusaha untuk merangsang industri pelancongan di bandar itu, dan beliau digambarkan sebagai seorang yang merendah diri, mudah didekati dan rajin dalam setiap lawatan mingguannya.
Petanda Presiden MCA Bakal Kalah Di Bentong? Namun, rasa suka penduduk di Bentong terhadap Liow tidak semestinya diterjemahkan menerusi undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana peningkatan kos sara hidup dan inflasi menyebabkan ramai antara mereka mempersoalkan sokongan yang dulunya diberikan kepada gabungan parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Pemilik sebuah restoran Cina, berhampiran Wisma MCA di Bentong, mendakwa keuntungan perniagaannya merosot 60% dalam tempoh tiga tahun akibat kos bahan mentah meningkat, dan semakin kurang pelanggan apabila orang ramai memilih berjimat dengan makan di rumah.
“Orang sekarang lebih suka makan di rumah untuk jimat kos. Harga hartanah, termasuk rumah kedai di bandar juga terlalu mahal, orang macam kami tidak mampu,” katanya, menambah beliau menyewa lot kedai itu, kerana tidak mampu membelinya daripada pemilik.
Rasa tidak puas hati yang semakin membuak itu turut dikongsi ramai lagi yang lain ketika ditemu bual The Malaysian Insight yang melakukan tinjauan di bandar itu, baru-baru ini.
Dan pembangkang menggunakan perasaan tidak puas hati itu sebagai kelebihan untuk mereka.
Petanda Presiden MCA Bakal Kalah Di Bentong?
Malam tadi, DAP memulakan kempen di bandar yang terkenal dengan suasana damai, bukit bukau, makanan segar dan resort kasino Genting.
DAP mengumumkan niatnya untuk menjatuhkan Liow dan timbalannya Wee Ka Siong di Ayer Hitam, Johor pada PRU14 yang perlu diadakan sebelum Ogos.
Kedudukan Liow di Bentong memang tidak begitu selamat memandangkan beliau hanya menang kerusi itu dengan majoriti 379 undi saja pada 2013, berbanding majoriti besar 12,549 pada 2008.
Bentong salah satu daripada hanya tujuh kerusi Parlimen yang berjaya MCA pertahankan pada PRU13. Ia juga menang 11 kerusi DUN di seluruh negara.
Setia pada parti tidak penting
Ketika ditanya sama ada DAP berpeluang mengambil alih Bentong pada PRU kali ini, penduduk tempatan kebanyakannya enggan beritahu parti mana mereka akan undi tetapi memberitahu The Malaysian Insight bahawa mereka hanya mahukan pemimpin yang dapat menangani masalah kesukaran ekonomi.
Pemilik kedai kopi yang hanya mahu dikenali sebagai Lok berkata beliau berterima kasih kepada Liow kerana membangunkan Bentong.
Bagaimanapun katanya, walaupun pelancong bertambah, tetapi harga barang terlalu tinggi dan menjejaskan penduduk tempatan.
“Bandar ini semakin meriah sekarang tetapi harga makanan seperti roti canai dan durian juga naik terlalu tinggi,” katanya.
Lok berkata dengan nilai ringgit semakin susut, semua orang terpaksa berjimat.
Petanda Presiden MCA Bakal Kalah Di Bentong?
“Kalau dulu, RM100 cukup untuk penuhkan troli bila kita beli barang, sekarang RM200 pun belum tentu cukup,” katanya.
Seorang sumber dalaman MCA mengakui pertarungan sengit menanti Liow dalam PRU14.
“Penduduk tempatan okay dengan dia tetapi anak-anak mereka yang bekerja di Lembah Klang cenderung untuk anti BN dan mungkin mengubah undi ibu bapa mereka terhadap Liow,” kata sumber.
Seorang pemilik restoran Cina yang sudah lama menjadi ahli MCA berkata walaupun Liow wakil rakyat yang rajin, beliau mengabaikan perniagaan kecil dalam keghairahannya membawa masuk pembangunan berskala besar ke bandar yang dulunya pekan perlombongan itu.
Keadaan itu, katanya boleh menyebabkan beliau mengundi parti lain pada PRU14.
Petanda Presiden MCA Bakal Kalah Di Bentong? “Ia bukan hanya tentang sebuah parti. Ini tentang siapa yang boleh selesaikan masalah kami.” – the malaysian insight
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..